TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Wednesday, December 29, 2010

Detiknya

Malam 22 Disember 2010
 - Kesakitan mula terasa sebaik sahaja suami memulakan perjalanan ke Perlis. Masih sempat ke rumah jiran berbincang urusan persekolahan anak. Kesakitan berulang dan air ketuban pecah di rumah jiran.

Tuesday, December 28, 2010

Wednesday, December 22, 2010

Bukan Fatimah yang digenggam - Ini akar genggam fatimah.. ohhh.. gitu

Teruja sungguh pertama saya mengenali tumbuhan ini. Akar genggam fatimah... tidak sama dengan fatimah yang digenggam apalagi kacip fatimah. Jangan keliru... akar genggam kacip fatimah dikhususkan untuk ibu-ibu yang bakal bersalin bagi memudahkan proses bersalin tetapi kacip fatimah pula digunakan selepas bersalin bagi proses merapatkan. Jangan silap guna.. buruk padahnya.

Kot tingkap lagi.. - Pasrah

Sampai tak dapat dibaca saiz baby bila discan waktu checkup yang terakhir. Petandanya... kandungan teramatlah besar melebihi 4kg. Tiada pilihan lain... pembedahanlah jawapannya.

Air selusuh - Rupa-rupanya...

Air selusuh cukup sinonim dengan ibu-ibu yang bakal melahirkan anak. Air selusuh di turunkan turun temurun kepada generasi kini oleh generasi lama dengan tujuan memudahkan ibu-ibu melalui proses bersalin. Dua orang anak... hanya sekali sahaja saya minum air selusuh kerana anak yang kedua lahir melalui proses pembedahan.

Tuesday, December 21, 2010

Kot ya pun.. agak-agaklah

Mengutamakan keselamatan memang perkara yang harus dititikberatkan...

Bukan boleh di pandang ringan...

Tak betul cara... mengundang bahaya...

Monday, December 20, 2010

Misi sulit

Syhhh... misi sulit ni kita-kita jer tahu tau. Memandangkan hari yang ditunggu kan menjelma tak lama lagi maka tetiba jer timbullah idea yang ala-ala tumbuh tanduk dan ekor ni. 

Rancangannya...

Ni baru betul namanya makan diri...


Sunday, December 19, 2010

Terkejut ada duit dalam akaun! - Iniii Seriusss

Memang serius! Tak tipu niii. Bila check akaun... tiba-tiba duit yang tinggal dah bertambah. Walaupun sekadar RM100++... tapiiii... duit tuuu. Kalau RM1000 mahu pengsan terusss...

Saturday, December 18, 2010

Yang tiada

Baru pulang menghadiri majlis tahlil jiran belakang rumah. Hari ni genaplah 100 hari pemergian suaminya. Pemergian secara mengejut yang sentiasa ditafsirkan sebagai serangan jantung. Perkhabaran rindu yang ingin didengar tetapi berita pilu yang diterima bila suami yang berkhidmat sebagai anggota polis di utara tanah air menyahut panggilan Illahi.

Sepi di maya...

Bergelojak di realiti..

Hari Sabtu.. cuti.. kenduri sana sini

Masa untuk berkepit... cik abang cuti..

Kamu ingat.. kamu dah cukup dewasa?



Lihat yang nombor 6.

Friday, December 17, 2010

Aduhaiii doktor - Apa yang telah kamu lakukan?

Gigi pertama adik dah berlubang. Biji cili pun boleh nyorok dalam tu. Bawa adik ke klinik swasta untuk mendapatkan rawatan. Doktor swasta mengesyorkan gigi adik ditampal kerana masih belum masanya gigi adik rosak. Kalau dicabut... nanti gigi baru lambat tumbuh dan bakal mencacatkan pertumbuhan gigi adik. Akur...

Kita shopping kat Jaya Jusco - Sila baca dalam nada riak dan berlagak

Melihat telatah bebudak.. kadangkala melucukan. Dalam lucu tak lucu.. jangan lupa tentang didikan.

Panggilan lucah

Pernah terima panggilan lucah? Panggilan yang merengek... merayu bercerita hal dalam kelambu?

Tindakan kamu?

Marah? Maki habis-habisan...

Beri ceramah? Kerjakan sampai insaf...

Layan? Sekali-sekali syok juga...

Thursday, December 16, 2010

Jamu apakah?

Bukan kisah jamu menjamu. Tiada juga jamuan makan. Apa lagi untuk menjamu jin atau yang seangkatan dengannya.

Penghutang kata kalau dah bukan rezeki kamu tuntutlah macamana pun bukan rezeki kamu juga - Alasan apakah???

Kalau berbicara soal rezeki.. memang benar ianya ketentuan Illahi. Kalau dah namanya rezeki.. soal usaha jatuh nombor dua. Samaada kita berusaha ala kadar... atau setengah mati.. jika ianya rezeki kita maka ianya tetap menjadi milik kita. Kalau bukan rezeki... tetap bukan rezeki namanya.

Silap tarikh!

Macamanalah boleh silap tarikh pula ni? Tiap-tiap minggu pun ada checkup kat Hospital tapi lagi nak dekat masa... boleh silap pula. Nasib baik le jururawat telefon dan arahkan datang hari ni.

Wednesday, December 15, 2010

Contest Mata Stylo Mylo Dinamik Wow!

Dah lama tertarik untuk menyertai Contest Mata Stylo Mylo Dinamik Wow! yang dianjurkan oleh blogger Jo Qusairy. Kepada yang berminat... peluang masih terbuka kerana Jo telah melanjutkan tarikh tutup contest pada 2 Januari 2011.

Salah ke anak lelaki masuk tandas perempuan? - Bukan saya tak didik anak

Setakat pandangan sinis... bukan sekali dua yang saya terima. Siap kena sound pun ada. Mujur le telinga ni tebal dan malas cari pasal. Diam jer lah. Semuanya kerana saya menyuruh anak-anak soleh ni masuk tandas awam perempuan.

Tuesday, December 14, 2010

Memang geram bila orang tak pakai akal menconteng sesuka hati - Menyusahkan orang nak beri jawapan balas jer..

Nak jadikan sebagai tajuk entri pun tak tergamak tapi manusia tak guna akal ni sesuka hati dia nak menconteng tak kira tempat.  Inilah realiti  yang perlu saya tangani samalam. Walaupun hanya menunggu hari dan masa tapi itu bukan halangan untuk saya membawa anak-anak bersiar dan bermain. Memilih untuk ke Padang Polo, Ipoh untuk anak-anak melepaskan gian tingkahlaku seorang anak-anak membawa saya kepada satu persoalan hingga saya terkedu dalam memberikan jawapannya.

Dah hilang

*** PLING ***

Agenda Ben 10 yang tersembunyi

Kartun ni memang famous. Bukan setakat cerita tapi setiap keluaran barangannya menjadi rebutan anak-anak masa kini. Kena-kena pula anak-anak yang sukakan cerita aksi... semuanya nakkan barangan Ben 10. Dari baju, bekas pensel, buku nota, jam dan lain-lain.

Monday, December 13, 2010

Amatur - Bukan kisah monyet dapat bunga

Kalau monyet dapat bunga... jahanam bunga tuuu..

Ini kisah orang ada kamera... ehem.. ehemm.. ehemmm..

Testing power...

Macam ler power bebeno...

Sebenarnya gambar ini diambil untuk menyertai satu contest yang dianjurkan oleh salah seorang rakan blogger kita namun apakan daya... tarikh tutupnya semalam dan pemenang telah pun dah diketahui...

Takda rezeki lah tuuu...

Apa-apapun.. jom layan gambar yang diambil oleh jurukamera amatur ni...

Bila Along diburu Ah Long

Saya mengenalinya sebagai Along. Memaparkan kisahnya bukanlah untuk menceritakan aibnya tapi sama-sama merenung ikhtibar yang harus diambil. Along dah berkahwin dan mempunyai dua orang anak yang masih kecil. Tinggal bersama keluarga mertua dan dia dan isteri sama-sama bekerja.

Penunggu Bukit

Terkesima seketika bila suami menegur kenapa tak di potong sahaja bukit yang ada supaya jalan ke kampung menjadi lurus dan tidak seperti ular di palu. Kalau ikutan logik.. iya juga. Lagi pun.. jalan tersebut agak bahaya apalagi melibatkan gaung yang dalam bersebelahannya. Kenapa mereka tak potong bukit yang jadi penghalang?

Sunday, December 12, 2010

Jom main perut

Apa ke hal pula nak ajak orang main perut ni???

Bukan main perut.. tapi ajak teka jantina baby berdasarkan bentuk perut.

Canggih-canggih pun tarak guna...

Semakin maju dunia.. semakin banyak teknologi baru yang terhasil. Saya bukan anti teknologi tapi biasalah kan.. kalau dah namanya ciptaan manusia.. mana ada yang sempurna. Tapi... ada juga manusia yang terlampau kagum dengan teknologi baru ni. Kagum dengan ertikata mengagung-agungkan. Tak salah kagum tapi kalau asyik puji melambung sampai menutup mata atas kelemahan yang ada dan bergantung kepadanya sentiasa... memang susah juga.

Saturday, December 11, 2010

Baru dia sedar yang dia tak berbaju - Sila tutup mata sebelah jika tak kuat iman (18sx)

Punyalah dia khusyuk mengadap...

Terliurrr...

tak terkata...

Dah lama membendung nafsu...

Friday, December 10, 2010

Cerita seram PONTIANAK di Kuala Kangsar, Perak - Fuhhhh!!!

Ingat nak publishkan entri ni malam nanti..

Tapi... 

Perghhh... dengar je dah berpeluh...

Meremang weyhhh...

Ben - Kerana mimpi itu... Putrajaya ku tuju

Memang tak puashati bila roh yang sampai dahulu tapi jasadnya tidak...

Nekad...

Putrajaya... 

ku datang menjenguk...

Tak percaya???

Thursday, December 9, 2010

Hasil orang malas yang tengah rajin

Jeng.. jeng.. jeng...

Inilah hasil kek coklat kukus... projek malam semalam bersama Along..

Ni yang malas kalau dah rajin

Kalau dah tak tahu nak buat apa... kepala mula ler mereka macam-macam. Melayari dunia maya.. ada satu jer yang buat orang perempuan tak tahannn...

Pujuk

Along sibuk nak ikut abahnya ke Perlis. Memang dah janji kali ni giliran Along tapi apakan daya... ada projek lebih baik untuk Along. Punyalah dia mengamuk sampai ibunya yang ngamuk semula. Bukan tak bagi ikut langsung. Tunggu-tunggulah hari lain sebab esok ada projek yang bagus punya. Along dengkilah tu sebab adiknya yang dapat pergi.

Wednesday, December 8, 2010

Inilah masanya

Musim cuti sekolah... anak-anak dok melepak jer kat rumah. Paling-paling pun... lepak kedai opahnya. Kena-kena pula ibu yang ni terlampau rajin.. nak makan tengahari pun mengendeng kat kedai opah. Pilih jer lauk apa yang hendak. Semuanya FOC.

Bila orang laki bercerita tentang "Cara menegangkan payudara" - Opppsss

Kalau di fikir dari sudut perkongsian info... rasanya macam tak salah...

Bila difikir secara logik alam.. macam tak kena pula...

Tuesday, December 7, 2010

Insan Terpilih - Mereka atau kita yang tidak sempurna?

Menonton 'Insan Terpilih' yang ditayangkan di TV3 petang tadi membuatkan diri terasa begitu kerdil. Betapa dalam sifat yang sempurna Allah jadikan kita masih mengomel tanpa disedari sedangkan mereka 'Insan Terpilih' begitu kental jiwa dan emosi meneruskan kehidupan dalam keadaan diri yang serba kekurangan.

Sendiri pun tak faham

Kepada pengunjung blog Semekar Kasih.. mesti sedia maklum yang blog ini menggunakan Intense Debate di ruangan komen. Masa mula-mula pasang intense debate ni.. tujuannya adalah untuk memudahkan pembalasan komen kepada mereka yang meninggalkan komen tapi.. dengan ilmu yang tak penuh di dada.. saya sedikit keliru dengan sistem yang ada.

Cek Nuffnang dah sampai yeahhh - Jom kita berfoya-foya

Alhamdulillah.. setelah lebih sebulan menunggu akhirnya cek Nuffnang yang kedua telah selamat sampai. Riuh macamlah dapat ribu-ribuan atau ratus-ratusan. Walaupun tak banyak... lepas jugalah duit nak beli set jamu lepas bersalin. Takda mananya nak berfoya-foya. Banyak sungguh perbelanjaan hujung tahun niii.

Monday, December 6, 2010

Dilema 'Janda Berhias'

Dalam memikul title 'Puan'. Mana tidak terasa berat bahu memikul bila hakikatnya mereka masih dara. Malah.. ada yang tak sanggup meletakkan gelaran 'Puan' di depan nama kerana ianya seperti halangan untuk mereka meneruskan kehidupan apatah lagi dalam perjalanan mencari pasangan hidup.

Apakah?

Emosi yang bercampur baur. Takkan berkira sangat kot??? Masalahnya.. ini bukan masalah berkira. Hampir tak cukup kira-kira dah. Nak kira cepat pun dah tak terkira. Kira lambat apatah pula.

Meludah

Siapa yang suka tengok orang meludah? Memang ada fius yang tak betullah jika ada orang yang tak kisah melihat orang meludah berhampiran dengan diri. Bagi saya.. orang yang meludah tak kira tempat ni spesis yang kurang ajar. Takda ibubapa yang ajar anaknya boleh meludah merata-rata hatta tiada seorang cikgu pun yang mengajar anak muridnya meludah sesuka rasa.

Sunday, December 5, 2010

Wad 1 vs Wad 2 - Ada beza ke?

Ada orang kata tiadalah beza sangat pun tapi bagi saya ada perbezaannya. Perbezaan yang wujud di wad ibu bersalin yer... kalau wad yang biasa tu kurang pasti le pula.

Apa kes tayang kuku ni?

Kes orang takda kerja cari kerja le. Boring punya pasal... kuku kakiku menjadi mangsa. Habis saya kerjakan sampai berkilat. Ala-ala buat rawatan pedicure dan manicure lah tuu.

Saturday, December 4, 2010

Ngangkung - Mahu bersalin dibuatnya

Baru jer kata hari tu ibu mengandung tak boleh masuk. Hari ni bolehlah pula. Mentang-mentanglah tiket hari Sabtu mahal dari hari biasa... tetiba jer dibenarkan untuk menonton. Asalnya nak nonton cerita Rapunzel bersama anak-anak. Sekali... tiket full daaaa. Pastu saja le gatal tanya boleh tengok Ngangkung tak? Ehhh.. boleh pulak...

Maaf, saya bukan cikgu...

Pernah tak kamu berjumpa dengan seorang cikgu tapi tidak mahu mengaku dirinya cikgu. Katanya... gelaran cikgu hanya di sekolah... di luar pagar.. dia bukan cikgu.

Video - Tiada lagi TIPAH TERTIPU

Kalau ada pemantauan.. memang tiada lagi "TIPAH TERTIPU"

Bila orang muda nak tunjuk BIJAK... yang tua jangan asyik tunjuk LAGAK

Lebih bagus dari iklan yang tunjuk ketiak... bila berfikir diluar kotak...

Mudahnya...

Memang mudah untuk menarik perhatian anak gadis yang sedang meningkat naik. Apalagi jika wang yang menjadi pilihan utama. Dengan kehendak yang melebihi keperluan.Gaya hidup glamer yang dikejarkan. Tak mustahil ramai yang mengambil keputusan untuk memilih jalan mudah ini.

Friday, December 3, 2010

Jangan jadi fasik

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu."

Al-Hujuraat 49:6

Kerana NGANGKUNG - Kejammm

Kejam sangat ke?

Seram sangat ke?

Boleh terbawa-bawa dalam mimpi ke?

Boleh terkencing malam ke?

Sila jawab?

Thursday, December 2, 2010

Sempitlah banggg...

Berpeluang menyibuk bersama anak-anak mengikut suami menjalankan tugasnya di Perlis dua hari lepas. Bukan senang nak dapat peluang naik kenderaan tayar 16 yang menjadi raja di jalan raya. Akhir sekali.. sewaktu saya mengandungkan Along tujuh tahun dulu.

Anak Hitam vs Anak Putih - Bukan anak sendiri ke.. ke nak anak hitam putih berbelang-belang?

Macam-macamlah perangai manusia ni. Anak hitam atau anak putih pun nak dibezakan. Ehhh.. bukan buat cerita tau. Ini kenyataan dan diakui sendiri oleh empunya badan. Anak yang putih mempunyai nilai yang tinggi berbanding yang tak berapa nak putih. Pendek kata... anak yang putih ni serba serbinya baguslah. Dari segi kecantikan, akhlak dan juga pelajaran. Yang hitam tu bukan dari gen dia suami isteri juga ke?

Wednesday, December 1, 2010

Cikgu sakit mental...

Kalau diikutkan statistik.. agak tinggi juga golongan pendidik yang mengidap penyakit mental. Bukan mudah jadi cikgu. Memang memerlukan ketabahan yang cukup kuat. Semuanya perlu terpelihara.Melaksanakan tanggungjawab seikhlasnya pun sering disalah tafsir... apa lagi jika tersalah langkah. Tuntutan kerjaya  mengatasi tuntutan kekeluargaan hingga kadangkala orang sekeliling sering lupa yang cikgu juga adalah manusia biasa.

Tabiat pelik

Bukan tabiat pelik dalam keadaan biasa tapi tabiat pelik yang datang sewaktu berbadan dua. Tabiat pelik ini tentunya menyerang kaum-kaum ibu tapi tak mustahil jika suami turut merasai.

Tuesday, November 30, 2010

Tak cuti nak cuti..

Bila dah cuti nak buat apa yer? Sungguh.. saya tak tahu nak buat apa. Apalagi dalam keadaan menghitung hari. Kedarat pun takda. Nak kemas rumah pun macam kura-kura. Buat kerja 5 minit.. rehat 1 jam. Nak berdiri lama tak boleh... nak terbongkok-bongkok pun tak boleh. Semuanya serba salah. Alhamdulillah ada Along yang rajin ni. Boleh juga harap bantu ibu sikit-sikit.

Bukan lagu NEGARAKU sahaja yang tak dihormati... bila time azan atau berdoa tu apa cerita?

Isu ini menarik perhatian saya. "Kenapa sukar menghormati lagu NEGARAKU?" Bila berbicara tentang isu ni.. apa kesimpulan yang boleh dibuat agaknya? Dididik di alam persekolahan dalam tempoh yang agak lama tapi bila keluar dari pagar sekolah... semua hilang seperti tak pernah dididik. Adakah semua ini berpunca dari didikan yang tidak kesampaian?

Monday, November 29, 2010

Rahsia mereka kembali seperti anak dara selepas melahirkan...

Memang rahsia mereka masih belum terbongkar. Doktor pakar pun tak dapat memberikan jawapannya. Siapakah mereka yang kembali seperti anak dara selepas melahirkan? Mereka adalah ibu-ibu dari kaum orang asli.

Body Cikgu yang cantik

Body Cikgu manalah agaknya yer???


Body Cikgu Isza? - Orang kata kadangkala body orang berbadan dua ni cantik...(perasan jap)

Sunday, November 28, 2010

BLOG PILIHAN MALAYSIA 2010 - Terselit di antara kuntuman mawar

Tercalon dalam BLOG PILIHAN MALAYSIA 2010 kategori Blog Personal Wanita Pilihan menimbulkan rasa terharu yang amat sangat. Sayangnya saya terlepas untuk mengetahui siapakah yang begitu baikhati mencalonkan saya dalam kategori ini. Apa-apa pun saya amat menghargainya dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Saturday, November 27, 2010

Melafazkan cinta buat pertama kalinya...

Bila mengimbau kenangan ketika dingorat oleh suami masa muda-muda dulu... saya tak tahu ler kenapa saya jual mahal sangat dengan suami saya ni. 10 tahun suami mencuba untuk mengorat dan dalam masa tu saya buat layan tak layan jer. Dalam masa yang sama.. secara jujur saya mencari cinta yang saya idam-idamkan walaupun yang baik ada di depan mata.

Ramalan Nombor Ekor - Tikam jangan tak tikam!!! Tikam diaaaa...

Mentang-mentanglah blog SEMEKAR KASIH ni kepunyaan CIKGU MATEMATIK... suka-suka hati jer seorang insan ni bertanyakan nombor  apakah yang akan naik pada hari SABTU - 27 NOVEMBER niii...

Friday, November 26, 2010

Berkesanlahhh - Menjadi...

Hai.. semut.. macamlah takda tempat lain kamu nak tinggal. Dalam telinga ni juga yang dipilih. Kruk.. kruk dengar bunyi dia melakukan aktiviti melepaskan diri. Mahu tak mengelabah bila semut masuk dalam telinga.

Mimpikan Ben Ashaari - Apakah makna mimpi yang dapat ditafsirkan?

Apa ke hal pula termimpikan Ben Ashaari petang tadi. Jauh beno ler roh ni berjalan sampai ke Putrajaya. Tapi... sayangnyer Ben tak tegur kita pun. Kemain lagilah Ben ni... dalam mimpi pun buat tak tahu kat kita tauuu. Udah ler jauh roh kita pergi. Nampak kelibat dia lalu sebelah jer. Huhuhu...

Thursday, November 25, 2010

Harga "SENI PERUT"

Orang seni nii.. kadangkala apa yang mereka fikirkan tidak sama seperti apa yang kita fikirkan. Maklumlah... kebanyakan di kalangan mereka mempunyai otak yang kreatif. Maklumlah... bila nak bersaing dalam bidang yang bernama seni... tanpa idea kreatif.. agak susah juga untuk mencipta nama.

Berdarah

Bila bercerita tentang darah.. sedikit sebanyak pasti menimbulkan rasa ngeri. Apalagi bila melihat darah yang mengalir keluar dari tubuh badan. Tiada siapa yang sudi biarkan perkara tu berlarutan...

Wednesday, November 24, 2010

Anak cikgu kalau dapat markah tinggi... tu mak dia yang cikgu tu lah yang tolong - Ehhh.. anak cikgu tak boleh dapat markah tertinggi ke?

Tak tahulah kawan saya ni dah habis bengangnya ke belum. Alkisahnya... anak kawan saya ni mendapat tempat pertama dalam PKSR Akhir Tahun baru-baru ni. Selain mendapat tempat pertama... anak dia juga dapat pelajar terbaik untuk matapelajaran BM (Pemahaman), BM (Penulisan) dan Matematik. Kalau ikutkan... anak dia bukan calang-calang juga orangnya. Dalam setiap ujian dan peperiksaan.. mesti di antara lima yang terbaik (tempat pertama hingga kelima).

Yang dalam yang luar... yang besar yang kecik - Habis semua ko kebas!

Mengelabah puyuhlah rakan seperjuangan saya yang seorang ni apabila pakaiannya sekeluarga di curi. Mahunyer tidak... Yang dalam yang luar... yang besar yang kecik semua di kebas! Apa ke jenis manusia... pakaian orang lain pun jadi...

Tuesday, November 23, 2010

Ohhh Cikgu Shida.. - Ngape sukar ku membencimu?

Apa kes pula nak benci-benci kat orang ni? Benci tauuu! Hari tu baru jer post entri mana Cikgu Shida menyepi.. senyap ajer. Tup.. tup ajer dah ada video klip baru (kalau berpacaran).

Dia memang gentleman tapi patut ke dia bersikap gentleman?

Dia akan melayan rakan kamu sebaiknya jika mereka bertandang ke rumah (siap bancuh air lagi..)

Kalau waktu bersantap di kedai makan atau restoran... dia akan menyediakan tempat duduk untuk kamu dan rakanmu...

Jika shopping... dia akan tolong bawakan beg shopping kamu dan rakanmu...

Kembar - Kenapa sering keliru?

Ramai yang mengatakan saya dan rakan saya yang seorang ni mempunyai wajah yang seiras. Kalau tak dikatakan kembar... mereka mesti kata adik beradik. Memang saya tak faham dimana persamaannya. Bukan kawan-kawan jer yang kata muka kami serupa malah anak murid juga sering keliru antara Cikgu Isza dan Cikgu Yan. Kena-kena pula... kedua-dua Cikgu Matematik. Minta sampaikan pesanan kat Cikgu Isza... disampaikan pada cikgu Yan begitulah juga sebaliknya.

Kontraksi palsu

Sejak akhir-akhir ni saya sering mengalami kontraksi. Kontraksi yang bukan dalam erti kata yang sebenar tetapi dikenali sebagai kontraksi palsu. Kontraksi atau contraction merupakan petanda yang kelahiran baby semakin hampir. Apabila kontraksi berlaku... perut akan terasa mengeras dan rasa seperti hendak membuang air besar. Dunia perubatan mengenal kontraksi palsu yang disebut Braxton Hicks, sesuai nama penemunya.  

Monday, November 22, 2010

Jangan ditanya bercuti dimana...

Cuti???

Belum lagi...

Masih sekolah...

Seminggu lak tu...

Sunday, November 21, 2010

Bulu ketiak Jehan Miskin

Sehelai... dua helaii... tiga helaiii...

Kira cepat... kira sehelai-helai?

Tahu ler Jehan Miskin ni kategori lelaki macho lagi hensem (kata peminatnya..)

Berpantang selepas melahirkan - Luka di dalam siapa yang tahu?

Saya memang hairan dengan ibu mengandung yang taknak berpantang selepas bersalin ni. Kalau ikutkan... saya pun bukanlah seorang yang terlampau disiplin sangat tapi masih tetap berpantang. Bila bersalin anak kedua dulu.. saya melalui kaedah pembedahan. Sedih rasanya bila tak dapat berpantang seperti bertungku dan berbarut.

Bila cikgu mula cuti... ramai yang mula hilangkan stress ikut jejak Cikgu Shida - Ehhh.. Cikgu Shida pergi mana yer.. senyap ajerrr?

Belum masuk minggu pertama... 


Sekali sekala layan duet dengan Ella kasi GEGAR!!!

Saturday, November 20, 2010

Seekor sapi menyebut ALLAH, sesaat sebelum di sembelih

ALLAHUAKBAR!

Kot yer pun nak mewakili tuttt... apa ke samanya dengan belacan?

Kalau mengajar sesuatu bahasa pada anak-anak... biarlah kena gayanya. Nak mewakili sesuatu... apalagi berkaitan dengan perkara yang sensitif.. biar betul landasannya. Jangan ikut suka... boleh haru biru jadinya.

Cabai mulut anak - Mendidik atau mendera?

Kejam sangatkah jika seorang ibu mencabai mulut anaknya yang begitu celupar menutur perkataan yang tidak senonoh? Sama ada mencarut atau berbahasa kurang ajar?

Friday, November 19, 2010

Pengakhiran dan permulaan buat mereka...

Masa terima keputusan UPSR tempoh hari pun... sikap mereka tidak sebegini...

Hari ini... mereka kelihatan sayu dan bercucuran airmata. 

Pagi yang ada cerianya..

Salam Jumaat untuk semua. Penghulu segala hari yang penuh keberkatan. 

Sepatutnya... entri ini ditulis dengan perasaan yang penuh ceria. Namun begitu...  keceriaan itu masih wujud walaupun tidak sepenuhnya. Hari terakhir persekolahan dalam erti kata rasmi tapi belum berakhir dalam erti kata tidak rasmi. Cutiiii... oh yehhh... oh yehhh...

Jolok!

Membebel-bebel seorang cikgu di bilik guru bila mendengarkan perkataan yang diulang-ulang oleh seorang murid lelaki tahun 6. Saya pula... hanya mengelangkan kepala. Kalau tak kerana tengah tekun menyiapkan tugas-tugas akhir tahun yang perlu diselesaikan, pasti dah kena basuh punya budak tuuu..

Thursday, November 18, 2010

Ganjaran hebat anak-anak kini - Berbaloikah?

Ke Kemboja. Bukan saya tapi anak murid saya. Itulah hadiah yang diterima sempena kejayaannya memperolehi 5A dalam UPSR baru-baru ni. Teruja sungguh dia nak makan angin ke sana sehingga mengupdate status di facebook. Begitulah rezeki anak-anak sekarang hasil usaha ibubapanya suatu ketika dulu.

Sikap positif nyamuk - Erkk???

Seekor anak nyamuk kembali selepas menyelesaikan penerbangan pertamanya...

Wednesday, November 17, 2010

Pendinding dan Pelaris

Memang banyak dugaan jika menjalankan bisnes kedai makan. Adakalanya kita sukar mempercayai apa yang didengari tapi bila berlaku pada diri sendiri... sedikit sebanyak termenung juga memikirkan kebenarannya.

Tuesday, November 16, 2010

Aidiladha - Ketika itu cinta kita bersatu...

Orang sibuk nak sambut Hari Raya Korban... saya pula gatal sibuk nak kahwin. Errrr... sila jangan salahkan saya yer sebab pemilihan tarikh dilakukan oleh ayahanda tercinta. Biasalah... bila Hari Raya jatuh time cuti sekolah... berebut-rebutlah orang nak buat kenduri kendara. Kat Taman tempat mak abah saya tinggal ni masih mengamalkan konsep gotong-royong setiap kali ada kenduri kahwin. Sebab itulah mesyuarat di adakan untuk menentukan giliran siapa pada tarikh sekian-sekian supaya tak bertembung. Janganlah gatal-gatal nak guna khidmat katering... tak pasal-pasal jer kena pulau nanti...

RM130 untuk modem wifi yang baru - Murah, okeylah tuuu atau mahal?

Modem lama buat hal pula. Tak tahulah kenapa. Tetiba jer pasang tak menyala. Mula-mula dia meragam.. sekejap nyala sekejap tak. Tadi... tak nyala-nyala terus. Tak senang duduk dibuatnya. Yelah... mana nak akses internet kalau modem tak berfungsi. Mahu mati kutu...

Bila ramai terlupa saham akhirat....

Diri sendiri ni nak kata baik idak le juga. Dalam sedar apa lagi tanpa sedar kadangkala turut melakukan kesilapan. Itu gunanya hidup bermasyarakat. Dalam ada yang teralpa... tanggungjawab kita sama-sama menegur. Nak terima atau tidak.. itu terpulang... yang penting tanggungjawab kita dalam memperingatkan dan menegur kita jalankan...

Monday, November 15, 2010

Ishhh bebudak... yang ni pun kamu nak kebas...

Baru jer nak bergembira tapi dalam sekelip mata jer kegembiraan telah diragut. Selepas habis waktu persekolahan... along bertemu saya membawa berita sedih... hadiah yang dimenanginya untuk Kuiz Bahasa Arab telah dikebas orang.

Apa jenis bisneslah pulak niiii...

RM1.00 = 5 biji
RM2.00 = 14 biji
RM5.00 = 30 biji
RM15.00 = 100 biji

Rokok, ayam, burung ko boleh beli... apa ke susah beno nak langsaikan yang tertunggak tuuu?!

Selama ni... saya tengok jerrr. Bukan berkira pasal duit sangat tapi kalau rokok asyik berkepit di tangan, ayam laga boleh dibeli dan sangkar sering bertukar burung... hangin juga kalau dah dekat setahun yuran persekolahan anak tak dilangsaikan! 

Jom ketahui apa itu "Melasme"

Kamu tahu apa itu 'melasme'? Asalnya... saya sendiri pun tak tahu yang kesan seperti jagat yang muncul pada muka ibu yang sedang hamil itu dipanggil 'melasme'. Saya hanya mengetahuinya bila terbaca mengenainya di sehelai risalah sewaktu mendapatkan rawatan di hospital. Dari carian google... inilah info yang saya perolehi..

Sunday, November 14, 2010

Asyik bagi peluang! - Tak beringat atau tak ambil kisah?!

Cuba lihat gambar niii...

V

V

V

V

V

Berkhalwat dan berdua-duaan dengan bukan muhrim tu lain tauuu.. - AWAS!

Mereka akur ketika ditangkap oleh pegawai pencegah maksiat walaupun mereka telah menjaga tatasusila sebaik-baiknya (bagi mereka).

Mereka hanya duduk untuk menikmati keenakkan burger bagi mengisi perut yang kekosongan...

Saturday, November 13, 2010

Banyak betul kes mengandung tanpa suami - Oooo.. gelarannya 'Single Parent' juga

Ketika menunggu giliran untuk diperiksa oleh doktor sebelum dimasukkan ke wad tempoh hari saya berdepan dengan berbagai-bagai kes yang ada. Ada yang mengandung anak kembar 24 minggu dan sedang turun darah, ada yang telah ada tanda-tanda awal sakit nak bersalin dan tak kurang beberapa kes mengandung tanpa suami.

Kamu masih kecil untuk mengetahui ada perkara yang boleh dilakukan pada waktu malam walaupun keadaan gelap

Soalan Sains Tahun 1


Jawapan yang logik bagi seorang kanak-kanak..

Friday, November 12, 2010

Murid 11 tahun dibedah supaya kandungannya dapat diselamatkan - Bayangkanlah perut anak sekecil itu yang terpaksa mengusung 9 bulan 10 hari angkara bapa saudara sendiri

Kes yang dikhabarkan ketika saya berada di wad tempoh hari. Menjadi mangsa rogol bapa saudara yang kita sendiri pun tak tahu nak gelarkan apa manusia seperti itu. Mangsa yang baru sahaja kedatangan haid pertamanya telah menjadi kerakusan bapa saudaranya hingga menyebabkan dia hamil.

Hospital 'blackout'!

Bukan sekali malah dua kali. 

Sekali... malam pertama saya bermalam di wad. 

Kali kedua... pagi keesokkannya. 

Dulu.. angkat kain nampak betis - Sekarang.. koyak lengan baju nampak ketiak

Rasa kelakar pun ada... geleng kepala pun ada...

Melihat iklan yang macam kehabisan modal...

Thursday, November 11, 2010

Di sebalik 17 orang yang dapat 5A

17 orang murid yang dapat 

gambar: google

Peningkatan 4 orang murid

Tahun lepas 13 orang

Sekolah pernah dapat lebih daripada itu

Kecewa

Terus terang... YA

Keracunan gara-gara mengidam passembur

Hari Isnin hari tu tiba-tiba jer muntah tak henti-henti. Bila ke klinik.. katanya jangkitan kuman kerana kandungan protein yang tinggi dalam badan. Dapatlah MC sehari. Malangnya.. muntah-muntah berlarutan hingga ke pagi selasa. Nak taknak... terpaksa minta tolong abah hantar ke hospital.

Tuesday, November 9, 2010

Rasa lipas

Bercerita pasal lipas.. teringatlah Encik Ben Ashaari kita yang anti beno dengan lipas. Memang tak aman hidup dibuat dek lipas ni. Tapi kan... lipas ni... kalau kita asyik sebut-sebut... lagi bermaharajalela. Macam diseru-seru jer. Senang-senang buat tak tak tahu je lah Bennn. Pandailah nanti lipas tu bawa diri...

Monday, November 8, 2010

Meminang untuk suami...

Memang memerlukan sebuah ketabahan dan saya pernah melihatkan ketabahan itu yang mengatasi kelukaan hatinya. Apalagi rumahtangga yang dibina bukan setakat setahun, lima tahun atau sepuluh tahun tapi telah mempunyai cucu pun.

Saya Nak Jadi Model Kalendar 2011

Bukan senang tau bila tetiba jer Cikgu n@m@n jadi manusia yang baik hatinya (jangan marah arrr cikgu...)

kerana baik hatinya maka Cikgu n@ma@n bermurah hati menganjurkan GIVEAWAY -

Siapa Nak Kalendar 2011 Menggunakan Gambar Sendiri? 

Kalau nak tengok cerita 'blue'... sila tutup sebelah mata

Takdalah se'blue' mana pun tapi masih kategori 'blue' bagi anak kecil. Biasalah.. bila nonton cerita omputih.. adegan gitu-gitu mesti tak terkecuali. Nak taknak.. anak kecil yang seronok dok tengok adegan aksi(lawan-lawan)  tadi... tertengoklah pula aksi-aksi yang tak sepatutnya dilihat.

Sunday, November 7, 2010

Kenapa perempuan yang merokok di pandang keji erk?

Macam tak sesuai jer nak tulis perkataan 'keji' kat tajuk tu tapi.. itulah hakikat. Kalau lelaki merokok orang tak berapa kisah malah ada kalanya dipandang macho. Jangan tak tahu.. memang ada orang perempuan yang sukakan lelaki yang merokok kerana bagi mereka itu lambang kejantanan kelakian.

Contest Stylo: Act 2# - Jo Qusary

Syhhh... nak tahu satu rahsia tak?

Ada kawan blogger kita dah mencecah usia 29 tahun!

Masih tak cukup setahun nak join kelab 30-an...

Dia ada buat contest tauuu..

H.E.R.O

Kalau bercerita bab superman.. memang suka tengok hero  dia yang ala-ala macho gitu. Tak kisahlah dia tak reti pakai seluar kecik ke apa. Sehebat mana hero ni.. jom ketahui salasilah hidupnya...

Kisah kuah laksa

Kisah ni betul-betul terjadi di gerai jual laksa yang berhampiran dengan kedai mak. Nak taknak.. tahan perut jer... 

marvelous ^_^ teh tarik onne

Pasti KawWww punya!

Saturday, November 6, 2010

Main lambung kepala

Takde koje dah cari koje tak jumpa-jumpa...

Yang di tunggu-tunggu - Mereka yang bertuah (GIVEAWAY-Feel The Cosmic)

Maaf kerana membuatkan ramai tertunggu-tunggu. Sambutan yang di luar jangkaan menyebabkan saya memerlukan masa yang lebih dalam memilih pemenang GIVEAWAY-Feel The Cosmic. Mengambil keputusan untuk memilih mereka yang bertuah melalui khidmat random.org maka dengan ini diumumkan 3 yang bertuah ialah...

Membongkar Rahsia Jenis² Motor

Idea menarik ditemui semasa saya berkunjung secara diam-diam ke blog http://ezanyempires.blogspot.com/ . Seronok membaca apa yang dikongsikan maka saya turut meminta keizinan untuk berkongsi idea menarik itu di sini.

Letih - Bertempatkah?

Diam tak diam nak dekat setahun dah saya bergelar blogger. Masa mula-mula berjinak... saya fikir.. inilah dunia yang saya cari-cari selama ini. Maklumlah.. terus terang saya katakan yang saya adalah jenis manusia yang cepat bosan dengan apa yang saya lakukan (melainkan kerjaya saya). Selalunya... bila saya dah tahu tentang sesuatu tu.. cukuplah.. dan saya bosan untuk mengetahuinya lagi (sila jangan ikut peribadi ini).

Mencari identiti blogger yang hilang - Mana perginya?

Walau belum hilang sepenuhnya tapi semakin terkapai-kapai. Jangan biarkan diriku kelemasan di dunia maya yang tanpa batasan. Mujur mereka hadir menghulur tangan supaya diri kembali mengenali diri...

Friday, November 5, 2010

Percayakan anak

Along 'mengofferkan' diri untuk membasuh pinggan mangkuk yang sekian lama menimbun. Ibunya? Bukan malas tapi saja jer saya biarkan sebab pinggan mangkuk tersebut adalah hasil penggunaan anak-anak ni. Biasalah... anak-anak.. selagi ada pinggan/ cawan di rak.. tahu guna tapi tak tahu basuh. Bila dah habis dan nak guna lagi... tahulah dia nak hidup.

Terjerit-jerit ibunya mencari - Anaknya beraya... mak juga tak pandai didik anak

Kesian tengok jiran saya yang menjerit-jerit memalam tadi mencari anak terunanya yang dah pecah suara tapi masih tak matang-matang. Kesian sebab anaknya tak reti-reti nak kesiankan ibunya yang bakal dimarahi oleh ayahnya jika anaknya masih tak pulang dalam jam sekian-sekian. Bila anak tak tahu patuhi peraturan.. balik-balik mak juga yang dipersalahkan. Tak pandai didik anaklah. Tak reti jaga anaklah. Pendek kata.. kalau yang buruk tu salah si isterilahhh. Cuba kalau anak tu berjaya... anak siapa? ANAK BAPAK!

4 kain sutera dibeli oleh si ibu tanpa pedulikan anaknya yang tiada sepasang pun baju baru - Apa kisah?

Begitulah kisahnya. Realiti yang wujud dalam kehidupan masyarakat masa kini. Kalau dulu.. selalunya kita mendengar kisah si ibu yang sanggup berpakaian lusuh asalkan anaknya bergembira dengan baju baru tapi kini?

Thursday, November 4, 2010

Kekasihku di menara gading - Kenapa tercabar sungguh rasanya?

Baik orang lelaki.. mahupun orang perempuan. Bila kekasihnya berjaya menjejakkan kaki ke menara gading... selalunya hubungan yang terjalin akan mula goyah apalagi jika diri tidak berjaya mencapai apa yang dikecapi oleh pasangannya.

Pewangi tin dalam kereta boleh meletup - Berhati-hati

Jangan sesekali menempatkan atau meninggalkan pewangi tin atau lighter dalam kereta apalagi bila didedahkah di tempat yang panas.

Bila anak murid update status di facebook - Dah sunat ke belum?

Budak-budak sekarang... kalau sebut pasal cintan-cintun... tak kira umur. Hingus masih meleleh pun dah pandai couple sana-sini. Pastu... siap berani keluar keyataan tentang perhubungan yang dijalinkan.

Terlebih kandungan gula dalam darah ketika mengandung boleh menyebabkan uri bakal hancur?

Agak terkejut juga bila saya mendapat info ni. Dah puas saya google... malangnya tak semua jawapan google sediakan. Saya dimaklumkan oleh bidan yang mengurut saya tempohari. Kawal gula dalam darah dengan baik kerana gula yang berlebihan boleh menyebabkan uri anak menjadi hancur.

Wednesday, November 3, 2010

Badrul Muhayat yang hilang 'mu'

Terkujat sekejap bila ada seseorang hendak berkawan di facebook. Udah ler hari tu Sixth Sense. Ni badrul Muhayat pulak. Bila tenyeh mata... rupanya... 'mu' yang hilang...

Suamiku terperangkap

Bukan terperangkap oleh sesuatu kesalahan yang dilakukan tapi terperangkap dalam banjir yang melanda teruk di kawasan utara Semenanjung Malaysia. Sekarang... suami berada di Perlis kerana menjalankan kewajipan sebagai ketua keluarga. Nak lalu sini tak boleh... nak lalu sana pun tak boleh kata suami. Apa-apapun saya berdoa semoga suami berada dalam keadaan selamat.

Upacara Lenggang Perut - Tiada kaitan dengan tarian poco-poco

Bila sebut lenggang mesti terbayang gerakan melenggang ala lenggang-lenggang kangkung ataupun mereka yang sedang melenggangkan tarian poco-poco. Lenggang perut satu amalan yang pernah dilakukan suatu masa dulu oleh ibu-ibu yang sedang hamil. Amalan ini pula semakin lama semakin terhakis kerana dari  hukum Islam... ianya jatuh KHURAFAT.

Memang betul Sixth Sense! - Fengsan...

Masih ingat dengan entri INI? Saya dah jenguk ke facebook tersebut. 

Tergamam... tersengih sorang-sorang.

'x' dicari semata-mata untuk mengetahui siapa yang lebih hensem - Dirinya kah atau penggantinya?

Macam-macam manusia ni kan? Ni kes tak puashati ke apa? Kalau dah buka buku baru tu... tutuplah buku lama. Bukan siapa tinggalkan siapa tapi tiada jodoh antara kita. Kenapalah masih ada perkara yang tak puashati bermain di fikiran?

Tuesday, November 2, 2010

Laaa... posisi mengepit pula jadi pilihan hingga tak nampak apa yang ingin dilihat - Ketawa... gembira atau hanya cover diri?

Mengambil keputusan ke Hospital Pantai Puteri. Mengetahui jantinanya bukan niat utama... sekadar ingin mengetahui bagaimana keadaannya dalam kandungan ini. Sihatkah? Apa yang sedang dilakukannya di alam yang penuh misteri... RAHIM IBU.

Curangkah?

Tolak sebentar soal keizinan. Bila bercerita tentang hubungan rakan maya... terutama yang berlainan jantina... adakah boleh dikategorikan sebagai curang? Apalagi bila melibatkan hubungan yang terjalin mesra dalam YM dan siap berbalas SMS tanpa pengetahuan pasangan masing-masing? Berbicara pula dengan kata-kata yang indah tanpa batasan sedangkan dengan pasangan sendiri pun tidak pernah semesra itu?

Tangan mengapai tidak disambut...

Bila tangan mengapai... selalunya berkait dengan situasi lemas. Lemas di sungai/ laut puncanya air tapi lemas di daratan?

Mata deme tuuu.. tak kira nasi lemak berapa puluh sen punnn...

Tetiba jer nasi lemak berapa puluh sen jadi isu. Sebenarnya.. ayat sindirin begini lama dah wujud tapi disebabkan ianya dipopularkan dalam sebuah filem... tak pasal-pasal jer fofular semacam. Biasalah.. bila orang filem buat filem... jarang memikirkan sensitiviti masyarakat. Yang penting... isu gempak yang bakal menarik perhatian masyarakat. Dalam kecoh... berjaya jugalah pengarah filem tu dalam mengkontroversikan ceritanya.

Monday, November 1, 2010

Keturunan Tanggang!

Jangan jadi keturunan Tanggang yang menderhaka. Hargailah dan hormatilah ibubapa selagi mereka masih ada dan teruslah menjadi anak soleh sampai bila-bila...

Jom hayati..

Dah lama tak shopping - Rasa terharu sangat

Bukan sebarang shopping tapi shopping yang melibatkan barangan bayi. Alhamdulillah... semua barang persediaan untuk menyambut kelahiran orang baru dah lengkap secara asasnya. Memang rasa nak menitis airmata. Maklumlah... lima tahun menunggu. Rasa macam mengandung anak sulung semula.

Papan Tanda Hantu?

Apa maksud papan tanda ini agaknya?

Sunday, October 31, 2010

Benarkah ini Sixth Sense atau sekadar sixth sense?

Rasa macam tak percaya pula. 

Benarkah? 

Bermimpikah? 

Atau... hanya perasan sendiri..

'Beliau' dalam dunia artis

Bercerita tentang penggunaan kata ganti nama 'beliau' kadangkala memang mengelirukan. Selalunya... 'beliau' ni kata ganti nama merujuk kepada individu yang dihormati... berpangkat. Seperti mereka yang berpangkat VVIP, VIP ataupun mereka yang menyebarkan ilmu seperti alim ulama, pensyarah atau guru.

Nak ikat ke?

Tak pernah terlintas dalam fikiran saya tapi bila seseorang yang rapat dalam hidup saya mengesyorkan agar peranakan saya diikat selepas melahirkan anak ketiga nanti membuatkan saya berfikir...

Rapat dan mantap!

Berpeluang menghadiri kursus yang di adakan semalam membuat saya ingin berkongsi ilmu di sini. Berkongsi ilmu yang saya rasakan banyak manfaatnya untuk diri kita umumnya dan diri anak-anak kita khususnya. 

KONE...

Sila jangan betulkan ejaan tajuk ini!

dan yang paling penting...

jangan fikir yang bukan-bukan...

Saturday, October 30, 2010

Confirm! - Tiada salahnya Aida dan Joe tinggal serumah selepas bercerai...

kerana Aida masih dalam tempoh edah! Mengikut maklumat... Aida bercerai pada 25 Ogos 2010. Bermaksud... ketika mereka tinggal serumah... tempoh edahnya masih belum tamat.

Memang masih boleh tinggal serumah walaupun selepas cerai asalkan... - Kata ustaz

Ini kata-kata yang saya dengar dari mulut seorang ustaz. Kalau salah... tolong betulkan. Maklumlah.. diri sendiri sememangnya kurang arif tentang perkara sebegini. Kalau ada yang lebih arif dan maklum... sila jelaskan perkara sebenarnya jika apa yang dikatakan oleh ustaz ini tidak benar.

Mengikut apa yang dimaklumkan oleh ustaz tersebut...

Bila lelaki mencari semula cinta pertamanya - Untuk apa?

Adakah kerana cinta pertama itu sukar dilupakan?

Atau rindu yang sekian lama terpendam semakin tidak tertahan?

Jalan keluar untuk menangani masalah rumahtangganya?

ReUnion exMPSAH 9497

Assalamualaikum...
Kepada sahabat2 lama di
MPSAH tahun 1994 hingga 1997
marilah hadir beramai-ramai
ke acara yg dianjurkan ini.

Barah

Patutlah lama saya tidak ketemu dengan jiran yang seorang ni. Membeli rumah di kawasan yang berhampiran tapi hanya di sewakan. Kalau dulu.. lebih kurang 2 minggu dia datang menjenguk. Dalam sebulan tu adalah sekali. Lepas dapat cucu... lama saya tak nampak dia. Fikir saya.. mungkin dia sibuk dengan tugasnya sebagai Guru Pentadbir.

Friday, October 29, 2010

Kenal-kenal dulu...

Perlukan kita berkenalan terlebih dahulu dengan seseorang sebelum memilihnya menjadi pasangan hidup kita? Cuba mengenali hatinya supaya wujudnya keserasian antara satu sama lain?

Thursday, October 28, 2010

Nilai UBAN yang tinggi - Kemain demand lagi bebudak sekarang...

Bila bercerita tentang uban... teringat kenangan masa kecil-kecil dahulu bila abah bagi upah 5 sen untuk sehelai uban yang dicabut. 5 sen pun.. 5 senlah.. janji duit. Yang geram tu... bukan senang nak cabut uban ni. Licin semacam jer. Kena pula rambut orang laki. Pendek-pendek. Berpeluh ler ketiak nak ngumpul  5 sen supaya dapat jadi seringgit.

Kepincangan di sekolah dibongkar - Persoalannya... benarkah begitu???

Bila bercerita tentang masalah disiplin di sekolah.. bukanlah niat di hati untuk mencanang keburukan pihak yang lain. Apalagi melibatkan pendidikan awal di rumah yang sepatutnya lebih ditekankan. Sebagai guru... kami juga secara automatik dipersalahkan bila keadaan ini berlaku.

Hanginnn!

Dah kali kedua dah nih. Dulu sekali... ni jadi lagi. Dah bagitau.. kalau nak main.. cakap jer. Takda masalah kalau nak bagi pinjam. Yang jadi masalahnya... kata pinjam pastu buat macam harta sendiri. Macamana tak kata buat macam harta sendiri kalau siap cat sana-sini... tukar apa-apa yang patut... dah jadi lain lak benda tuuu.

Kami mampu beri duit belanja yang lebih pada anak-anak kami - Apa hak cikgu untuk melarang?

Bila manusia asyik berfikir tentang hak. Memang susah jadinya. Lebih susah jika hak sendiri yang diutamakan sehingga mengabai hak orang lain. Memang cikgu-cikgu ada hak melarang murid-murid membawa duit belanja dari yang sepatutnya. Terkandung dalam buku peraturan sekolah. Hak yang termaktub... kenapa tak diselidik?

Wednesday, October 27, 2010

Punggung Makcik

Apa ke hal pulak ni? Kenapa punggung makcik yang dicari? Apa yang istimewa sangat dengan punggung makcik ni? 

Tanda lahir pada vagina - Maksud yang masih samar rupanya...

Masih ingat anda pada entri INI? Ye.. ye... ajer lah saya ingatkan Along betul-betul memahami istilah yang dijelaskan. Kalau tak kerana kehadiran tanda lahir pada tubuh mereka (kedua-dua anak) pastinya ianya menjadi suatu pemahaman yang samar dalam diri Along sehinggalah dia menemui jawapannya sendiri suatu hari nanti.

TERPERAP

Agak lama juga ianya terperap. Maafkan saya yer tuan yang mengetag. Bukan tak sudi cuma ambil masa untuk menjawab soalan-soalan yang diajukan. Menjawab tag dari http://belog-newbie.blogspot.com

Tuesday, October 26, 2010

Masaku - Untuknya...

Agaknya... ini adalah satu perasaan yang biasa dialami oleh seorang ibu. Anak yang nak periksa... ibu yang rasa serba tak kena. Kalau nengok anak... rileks jer... ibu yang lebih-lebih. Inilah agaknya rasa yang Kak Jie dan Kak Normah katakan... 

Spare part orang perempuan yang menjadi isu orang lelaki

Uhoh! Terkedu kalau dengar orang lelaki bergossip. Siapa kata mulut perempuan jer berbisa. Orang lelaki.. jarang buka mulut tapi... bila dia nganga.. bisa weyhhh...

Isu: Fesyen pakaian anak dara zaman kini
Menjadi isu: Baju sendat yang nampak spare part

Haaah... matanya memandang tak berkedip. Orang yang tunjuk.. deme tukang tengok jer. Tengok tak tengok pun terdengarlah ayat yang lebih kurang begini...

Adakah sukar menjadi ibu yang tiada terselit perasaan terbuku dalam hatinya supaya tiada apa yang menjadi penghalang kepada kejayaan dan kebahagiaan anaknya?

Hahh.. sikit punya panjang ke tajuk yang dah tak serupa tajuk tu? Merujuk kepada tajuk... sukarkah agaknya? Perkara yang melibatkan hati dan perasaan ini memang susah diduga dan dijaga. Apalagi melibatkan anak yang dikandung 38minggu (diri saya) dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang (walau adakalanya kena pelepuk juga).

Monday, October 25, 2010

Mencari moral dalam CHINTA yang tak bermoral

Usahlah bercerita bab moral dalam sesebuah cerita drama/ filem. Dalam memperlihatkan sebuah pengajaran sudah semestinya yang dipamerkan terlebih dahulu adalah keburukan. Boleh dikira drama/ filem yang 100% ceritanya berkisarkan kebaikan tanpa unsur kejahatan. Dan seperti biasa... yang buruk juga nampak di mata.. yang baik terselindung juga. 

Beginilah nasib bergelar cikgu - Demand salah... asyik2 jadi mentimun... mengeluh lagi???

Bila diluahkan... orang kata cikgu ni asyik mengeluh jerrr. Bila 'demand' kang... jadi isu tak sudah pula. Asyik-asyik jadi mentimun. Walaupun sedap dibuat ulam atau jelatah... tak habis-habis tercalar... terluka.. bila tergolek atau mengolek dek durian... nak kata apa?

Bila siang... nampak luar tak nampak dalam - Bila malam... nampak dalam tak nampak luar

Sekali... macam teka teki pula jadinya...

Kalau dibiar menjadi pertanyaan... tentu ramai yang tertanya- tanya???

Apa kata.. jika ianya dibiarkan menjadi misteri buat masa ini...

Sunday, October 24, 2010

KOYAK! - Aksi terlampau yang sukar di'cover'!

Koyak bukanlah sesuatu perkara yang menyenangkan apalagi bila berlaku di tempat yang terbuka. Kalau setakat koyak kertas di tempat terbuka pun masih boleh menarik perhatian orang ramai... apalagi jika melibatkan pakaian yang terkoyak. Kena pula siap dengan bunyi yang sikit punya sakit hati mendengarnya. Mana nak cover???

GIVEAWAY - Feel The Cosmic

Jom Sertai GIVEAWAY - Feel The Cosmic


Syarat-syaratnya:

Saturday, October 23, 2010

Tomboy bukan alasan untuk tidak dirogol!

Nafsu ni kan.. bukan kira apa jenis sekali pun. Anak kecil, orang tua, orang kurang upaya, orang gila hatta yang sesama jantina pun boleh jadi mangsa kerakusan. Orang gila seks niii... apa dikira. Yang dia tahu... nafsunya terlampias. Tak kira barang... binatang pun jadi juga.

Kejang Perut!

Bukan kerana terlampau ketawa. Tak tahu di mana masalahnya. Sejak akhir-akhir ni.. perut ni kejang tetiba. Sakitnya jangan ceritalah. Dah cakap kat doktor.. bukan rasa sakit nak bersalin tapi tetiba perut tu mengeras semacam jer. Kalau mengeras pula.. makan masa yang lama pula tuuu.

Kuku buruk

Tak tahulah penyakit apa namanya niii. Ada yang kata 'kuku buruk'. Ada juga yang panggil cengkam. Selalunya... jadi kat ibu jari kaki namun tak mustahil berlaku pada kuku jari tangan. Orang kata... puncanya kerana kuku terlebih potong hingga mengcengkam isi jari. Akibatnya...isi jadi merah.. bernanah dan jika dibiarkan berlarutan... kuku pula menjadi hitam. Ishhh... kalau hitam kuku tu... memang buruk jadinya...

LUMBA HARAM!

Ni memang betul namanya LUMBA HARAM!

Friday, October 22, 2010

Beraksi maut depan webcam - Itu perkara biasa... no hal lah!

Semput! Itulah yang boleh saya katakan  bila bercerita pasal chatting di Yahoo Messenger. Terus terang... saya jarang sekali berchatting. Bertembung dengan pengalaman yang memualkan membuatkan saya serik! Masa mula-mula berkenalan dengan dunia maya ni... saya memang naif sangat. Sangka saya... semuanya jujur dan ikhlas. Tak sangka... memang banyak rupanya makhluk yang terdesak!

Ketegur! - Dlempang makhluk berupa monyet...

Taknak percaya... memang merah pipinya. Nak percaya... fikir-fikir juga. Maklumlah.. kata-kata anak yang berumur 5 tahun kadangkalanya memang jujur tapi tak kurang hebat dengan daya imaginasinya. Kalau difikirkan logik... memang tak logik. Kalau difikirkan tak logik... ada logiknya juga. Lebih-lebih lagi dalam keadaan tengahari rembang. Macam-macam peristiwa misteri boleh berlaku.

Pesanan buat para suami...

Tertarik dengan artikel yang ditulis oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, teruja untuk saya kongsikan di sini. 

Entri ini saya ambil dari facebook seorang rakan.

Renung-renungkan..
Pesanan buat para suami...

JIWA KOSONG

Dalam menikmati kegembiraan hidup...

dalam merenungi liku-liku yang berlalu...

tetiba jiwa...

Thursday, October 21, 2010

Murid ituuu... - Adakah benak hatinya yang menjadi punca kemerosotan pelajarannya??? Kamu tonton video lucah?

Kegatalan murid lelaki ni memang terserlah sejak di tahun 2 lagi. Takda maknanya dia berani gatal waktu saya mengajar. Yang saya dengar.. dia buat hal di luar. Bayangkanlah.. baru tahun 2 tapi dah pandai selak dan masuk dalam kain budak perempuan. Bukan setakat tuu.. kalau tulis surat... siap berbau lucah!

Mencari soalan - Bukan soalan bocor..

Alhamdulillah...

keywords beginilah yang saya tunggu-tunggu..

Semoga kita sama-sama dapat membantu...

Salahkah aku jika aku menatap wajahnya dengan satu pengharapan?

Salahkah aku?

Bila menatap renungan matanya yang mencairkan jiwa...

hidungnya yang mancung rasa nak picit-picit jer...

dan senyumannya yang menawan memukau pandangan...

Wednesday, October 20, 2010

Kisah ubat nyamuk - Antara tertelan dan sengaja telan... TRAGIS!

Seorang kanak-kanak berusia setahun dikejarkan ke hospital hari ini kerana tertelan ubat nyamuk! Komplikasinya... kanak-kanak tersebut muntah darah! Apalah yang diketahui oleh seorang kanak-kanak yang baru berusia setahun? Malang tak berbau dan untuk itu... kita sebagai orang dewasa perlu berhati-hati. Benda-benda yang merbahaya haruslah dijauhkan dari kanak-kanak. Tapi... siapalah kita untuk menjangka. Kadangkala dalam berhati-hati pun... ada jer yang terlepas pandang. Gerai makan mak terpaksa ditutup kerana kanak-kanak yang menjadi mangsa adalah anak kepada pembantu kedai makan emak.

Meroyan - Dilema ibu berkerjaya

Emosi ibu yang baru melahirkan anak atau dalam ertikata lain.. dalam pantang... sukar dijangkakan. Walau zahir mungkin kelihatan gembira menerima kehadiran orang baru... namun dalam jiwa bermain dengan seribu perasaan yang kadangkala si empunya badan sendiri sukar untuk mengerti. Agaknya... itu sebabnya orang lama menetapkan ibu bersalin untuk berpantang. Selain memulihkan luka-luka dalaman.. pemulihan emosi juga perlu dilakukan.

Tuesday, October 19, 2010

Cikgu seksi! - Pheeeewiiittt!!!

Cikgu zaman sekarang makin seksi? 

Benarkah?

dan kerana keseksian cikgu yang terlampaulah inilah di antara punca nafsu gelora orang lelaki semakin tak tertahan...

Kisah Lintah! - Kisah benar... Ngeriii weyhhh!!!

Kamu kenal lintah?

Pernah berdepan dengan lintah?

Pernah berdepan pengalaman ngeri dengan ia?

Monday, October 18, 2010

PEREMPUAN GATAL! - Perempuan gatal tu ape?

Semalam saya meluangkan masa bersama anak-anak menonton televisyen. Walaupun sekadar menonton cerita kartun... kadangkala sebagai ibu.. kita perlu ambil tahu tentang cerita yang disiarkan.

Apa lagi jika ia melibatkan channel DISNEY. Kartun yang disiarkan di channel DISNEY adakalanya tidak sesuai ditonton oleh anak-anak. Ada adegan 18SX. Tah apalah yang difikirkan oleh anak-anak bila melibatkan adegan yang berunsur 18SX.

Tertembung dengan suami yang sedang enak bersantap dengan perempuan lain - Nak buat apa erk???

Ermmm.. nak buat apa erk?

SERANGGGGG!!!

Patut?

Tak patut... tak patut...

Biar jer..

Sunday, October 17, 2010

Takkan diri ini mengkhianati kasih sayangmu...

Baru malam semalam 'dia' pulang menjengukkan muka...

setelah seminggu 'menghilangkan diri' demi mencari rezeki...

Tolong jaga bahasa kamu!

Pagi tadi.. tetiba sahaja kesucian blog ini tercemar dek bahasa yang agak melampau oleh individu yang tak bertanggungjawab. Tak terniat pun untuk  'print screen' apa yang dituliskan oleh individu tersebut. Walaupun hanya tiga ayat dan bukan ayat kutukan tapi ia memalukan.

Soalan Matematik Kertas 2 tahun 4 - Dapatkan contoh soalan di sini

Dapatkan soalan matematik kertas 2 tahun 4 di sini..

Tak layak jadi cikgu kerana katak?

Masalahnya wujud bila guru sandaran menconteng muka murid sebagai hukuman kerana murid tersebut melihat katak. Katak oh katak.. kenapa kau panggil hujan? Ermmm.. cikgu tu ada salahnya juga. Mungkin kerana dia hanya guru sandaran jadi dia tidak terlatih untuk menangani masalah-masalah sebegini.