TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Wednesday, October 27, 2010

Tanda lahir pada vagina - Maksud yang masih samar rupanya...

Masih ingat anda pada entri INI? Ye.. ye... ajer lah saya ingatkan Along betul-betul memahami istilah yang dijelaskan. Kalau tak kerana kehadiran tanda lahir pada tubuh mereka (kedua-dua anak) pastinya ianya menjadi suatu pemahaman yang samar dalam diri Along sehinggalah dia menemui jawapannya sendiri suatu hari nanti.

 gambar: google

Kedua-dua anak saya mempunyai tanda lahir. Adik yang pelik dengan kehadiran tanda lahir di pehanya mula mengemukakan soalan cepu emas kenapa tanda itu wujud? Along yang menyampuk... cuba memberitahu yang dia juga ada tanda lahir. Dan inilah ayat yang dituturkan oleh Along...

"Along pun ada macam adik... kat VAGINA ni haaa.."

Saya rasa nak terguling-guling pada masa itu juga. 

Aduhaiiii anak... iya-iya ajer ibu ingatkan kamu sudah cukup memahami...

Terpaksalah saya jelaskan semula apa itu vagina dan perbezaan jantina antara orang lelaki dan orang perempuan. Along sekadar membisu bila saya memberi penjelasan. Tak tahulah sama ada dia benar-benar faham atau masih dalam proses memahami.

Biar ambil masa... asalkan saya tidak memberi maklumat palsu padanya..

soksek: tanda lahir Along terletak di bahagian ari-ari sebenarnya...