TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Showing posts with label cara didik anak dengan betul. Show all posts
Showing posts with label cara didik anak dengan betul. Show all posts

Friday, September 23, 2011

Kisah benar - Harimau jadian ini makan buah dan tumbuhan jadi tak perlu terlampau takut walau kadangkala makan daging juga

Ibu-ibu.. bapa-bapa.. dan penjaga..

Sila ambil pengajaran daripada kes yang bakal dipaparkan. Ini kisah benar! Kisah harimau jadian yang makan tumbuhan dan sesekali makan daging haiwan lain juga. Berkemungkinan sekali harimau ini tidak sama sekali menghirup darah seperti harimau jadian yang dimomokkan dalam filem yang sering kita tonton. Saya menulis berdasarkan bukti. Lihat bukti yang ditampilkan..

Thursday, August 25, 2011

Jangan ditengking-tengking anak orang!

Apalagi kalau depan ibu bapanya. Walau ternyata anak itu memang salah besar sekali pun. Perkara sebegini pastinya melibatkan ego. Ego yang dalam erti kata naluri keibubapaan. Apalagi melibatkan air muka ibu bapa tersebut sebagai penjaga anak-anaknya.

Wednesday, March 9, 2011

Ibubapa sekarang tak pandai..

Menggunakan perkataan tak pandai supaya membacanya lebih manis. Bila pendidikan anak kini melebihi apa yang kita pelajari suatu ketika dulu dan anak lebih tahu dari apa yang kita tahu maka dapatlah kita pangkat tidak pandai itu..

Monday, March 7, 2011

Mendidik anak mendengar kata? - Ketahuilah amalannya

Memiliki anak yang mendengar kata adalah impian setiap ibubapa. Cabaran mendidik.. kalau dah namanya cabaran.. pastinya wujud pelbagai perkara yang kadangkala memeningkan kepala kita sebagai ibubapa. Selalunya.. kita tidak berkira tentang wang ringgit jika ianya untuk pendidikan anak-anak tetapi kita selalu terlepas pandang mengamalkan amalan-amalan yang boleh membawa keberkatan dalam hidup kita.

Sunday, March 6, 2011

Anak tak guna!

Apa kategori yang menetapkan anak tak guna sebagai tak guna?

Bila nafsu amarah menguasai diri.. ayat ditutur tak bertapis lagi. Kenapa mudah menyumpah anak sendiri?

Thursday, February 24, 2011

Gabungan dua amalan - Petua melahirkan anak-anak yang hebat

Melahirkan anak-anak yang hebat samaada dari segi rohani, emosi dan intelek adalah impian semua ibubapa. Untuk menghasilkan anak-anak yang hebat memerlukan usaha yang hebat  dan usaha yang hebat itu haruslah menjadi amalan dalam kehidupan seharian.

Nin - Nun

Mengajar anak untuk mengenal abjad, suku kata dan perkataan bukan hanya dipertanggungjawabkan kepada guru semata-mata. Sebagai ibubapa.. permulaan didikan dari rumah lebih bermakna apalagi diikuti dengan pengukuhan pembelajaran di sekolah.

Monday, February 7, 2011

Jaga bahasa

Kata alim ulama.. ucapan seorang ibu adalah doa. Kerana itu.. mereka yang bergelar ibu dinasihatkan untuk menutur perkataan yang baik-baik bila berbicara dengan anaknya. Tak kira ketika senang hatinya atau sakitnya hati (marah).. gunakanlah sebaik-baik bahasa. Bukan mudah menggunakan bahasa yang indah ketika marah. Walau kadangkala bahasa dijaga.. selalunya terbabas juga.

Tuesday, February 1, 2011

Buat hal

Bertuah punya anak! Hidup-hidup ditipunya kita. Siap buat muka kering pula tu. Kalau tak kerana ada pemberi maklumat yang tak berlesen bercerita... sampai sudah pun tak tahu.

Saturday, January 29, 2011

Tanggungjawab - Didik anak anda tentang 5 perkara

Dalam rangka untuk membesarkan anak-anak anda untuk menjadi orang dewasa yang bertanggung jawab, anda perlu mengajar mereka tentang tanggung jawab. Anak-anak harus dididik untuk bertanggungjawab pada diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Lima perkara yang dapat membantu anak anda membesar sebagai manusia yang betanggung jawab.

Thursday, January 27, 2011

Tak pandai didik anak - Kenapa tersentap?

Sedikit sebanyak... mesti tersentuh naluri keibubapaan jika dikatakan tidak pandai mendidik anak. Samaada hakikatnya diri memang tidak pandai mendidik (alpa), tiada mana-mana ibubapa pun rasanya yang boleh terima hakikat yang mereka tidak pandai mendidik anak.

Sunday, January 23, 2011

Kes pecah masuk sekolah agama - Kewibawaan guru diperkotak katikkan

Selalu terbaca keluhan ibubapa yang tidak puashati apabila pihak sekolah cuba menyembunyikan sesuatu bila sesuatu kes berlaku. Walau adakalanya kebenaran masih belum ternyata, pihak sekolah juga yang tetap menjadi suspek utama.

Thursday, January 20, 2011

Selalu bising kat anak murid jer - Kena-kena anak sendiri pun begitu juga

Bukan senang nak ajar anak orang... lagi susah nak ajar anak sendiri. Itu baru mengajar... belum bab mendidik. Apalagi bila melibatkan matapelajaran matematik. Segalanya fakta... ada tertib dan tatacaranya.

Friday, December 17, 2010

Kita shopping kat Jaya Jusco - Sila baca dalam nada riak dan berlagak

Melihat telatah bebudak.. kadangkala melucukan. Dalam lucu tak lucu.. jangan lupa tentang didikan.

Wednesday, December 8, 2010

Inilah masanya

Musim cuti sekolah... anak-anak dok melepak jer kat rumah. Paling-paling pun... lepak kedai opahnya. Kena-kena pula ibu yang ni terlampau rajin.. nak makan tengahari pun mengendeng kat kedai opah. Pilih jer lauk apa yang hendak. Semuanya FOC.

Thursday, December 2, 2010

Anak Hitam vs Anak Putih - Bukan anak sendiri ke.. ke nak anak hitam putih berbelang-belang?

Macam-macamlah perangai manusia ni. Anak hitam atau anak putih pun nak dibezakan. Ehhh.. bukan buat cerita tau. Ini kenyataan dan diakui sendiri oleh empunya badan. Anak yang putih mempunyai nilai yang tinggi berbanding yang tak berapa nak putih. Pendek kata... anak yang putih ni serba serbinya baguslah. Dari segi kecantikan, akhlak dan juga pelajaran. Yang hitam tu bukan dari gen dia suami isteri juga ke?

Saturday, November 20, 2010

Kot yer pun nak mewakili tuttt... apa ke samanya dengan belacan?

Kalau mengajar sesuatu bahasa pada anak-anak... biarlah kena gayanya. Nak mewakili sesuatu... apalagi berkaitan dengan perkara yang sensitif.. biar betul landasannya. Jangan ikut suka... boleh haru biru jadinya.

Cabai mulut anak - Mendidik atau mendera?

Kejam sangatkah jika seorang ibu mencabai mulut anaknya yang begitu celupar menutur perkataan yang tidak senonoh? Sama ada mencarut atau berbahasa kurang ajar?

Friday, November 5, 2010

Percayakan anak

Along 'mengofferkan' diri untuk membasuh pinggan mangkuk yang sekian lama menimbun. Ibunya? Bukan malas tapi saja jer saya biarkan sebab pinggan mangkuk tersebut adalah hasil penggunaan anak-anak ni. Biasalah... anak-anak.. selagi ada pinggan/ cawan di rak.. tahu guna tapi tak tahu basuh. Bila dah habis dan nak guna lagi... tahulah dia nak hidup.

Terjerit-jerit ibunya mencari - Anaknya beraya... mak juga tak pandai didik anak

Kesian tengok jiran saya yang menjerit-jerit memalam tadi mencari anak terunanya yang dah pecah suara tapi masih tak matang-matang. Kesian sebab anaknya tak reti-reti nak kesiankan ibunya yang bakal dimarahi oleh ayahnya jika anaknya masih tak pulang dalam jam sekian-sekian. Bila anak tak tahu patuhi peraturan.. balik-balik mak juga yang dipersalahkan. Tak pandai didik anaklah. Tak reti jaga anaklah. Pendek kata.. kalau yang buruk tu salah si isterilahhh. Cuba kalau anak tu berjaya... anak siapa? ANAK BAPAK!