TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Friday, September 23, 2011

Kisah benar - Harimau jadian ini makan buah dan tumbuhan jadi tak perlu terlampau takut walau kadangkala makan daging juga

Ibu-ibu.. bapa-bapa.. dan penjaga..

Sila ambil pengajaran daripada kes yang bakal dipaparkan. Ini kisah benar! Kisah harimau jadian yang makan tumbuhan dan sesekali makan daging haiwan lain juga. Berkemungkinan sekali harimau ini tidak sama sekali menghirup darah seperti harimau jadian yang dimomokkan dalam filem yang sering kita tonton. Saya menulis berdasarkan bukti. Lihat bukti yang ditampilkan..



Walaupun sekadar mengawas kelas peperiksaan.. tetiba jer rasa kuku jari sendiri mula panjang meruncing dan gigi dah terlebih keluar daripada bibir. Bukan seorang dua yang beri jawapan yang begini.. boleh dikatakan 98% yang bulatkan jawapan D tu.

Masalah anak-anak ini ialah mereka tidak dapat membayangkan haiwan yang lain (A, B dan C) sebagai haiwan omnivor.

Monyet - Makan pisang = buah
Zirafah - Makan daun
Ulat beluncas - Makan daun

Mana ada haiwan yang makan tumbuhan dan haiwan lain dalam jawapan ini? 

Maka... terciptalah kisah harimau jadian jelmaan murid-murid yang 'blur' memikirkan jawapannya.

Pengajarannya.. bila mengajar tajuk pemakanan haiwan.. murid perlu diterangkan juga tentang struktur gigi haiwan-haiwan yang dikelaskan dalam tiga kumpulan tersebut (herbivor, karnivor dan omnivor).

Contoh struktur gigi haiwan karnivor. 
Penuh dengan gigi taring - Nak carik dan kunyah daging

Struktur gigi haiwan herbivor. 
Penuh dengan gigi kacip - Nak meragut dan mengunyah tumbuhan

Struktur gigi haiwan omnivor.
Macam manusia. Ada dua2 jenis gigi sebab makan dua-dua (seperti manusia).

Itu sebab orang dok bertekak kucing tu omnivor padahal dah nyata-nyata struktur gigi dan sifat fizikalnya kepunyaan haiwan karnivor. Bila buat kesimpulan... gabunglah semua kemahiran.

Mungkin ada cikgu yang terlepas pandang perkara ini kerana struktur gigi haiwan tidak termasuk dalam sukatan pelajaran. Sebagai ibubapa.. tambahkan pengetahuan anak-anak supaya anak-anak dapat menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis seoptimum yang mungkin.

Jawapan soalan: Gigi yang macam manusia?