Kesabaran saya teruji lagi dan kali ini saya memang tak dapat menahan sabar! Untuk ke empat puloh empat kalinya kes berulang (tak terkira sebenarnya).. . mood jiwa kacau menjelma.
Majlis Bandaraya Ipoh.. Sila ambil perhatian!
Saya tak komplen bila pihak yang terlibat kumpul sampah depan rumah saya. Saya tak komplen bila sampah yang dikumpul berteraburan angkara anjing dan kucing yang rakus dengan aktiviti menyelongkar. Saya tak komplen bila tong sampah tergolek-golek depan rumah saya tanpa dituntut oleh pemiliknya. Saya tak komplen setiap kali aroma yang meloyakan menusuk ke hidung bila air sampah bertakung..
Tapi...
Kalau sampah saya sendiri pihak yang berkenaan buat tak tahu... memang saya perlu komplen akhirnya!
Plastik sampah tempatnya di tempat sampah. Apa guna pemaju sediakan tempat sampah kalau bukan di situ tempatnya? Pada saya.. pihak yang terlibat buat kerja sambil lewa. Nampak jer tong sampah tertonggeng.. rumusan.. tuan rumah tak letakkan sampah.
Ini bukan tong sampah saya. Pemiliknya mungkin dah beli tong sampah baru hingga lupa pada tong sampah yang lama. Saya mungkin perlu buat iklan untuk mengesan pemilik tong sampah ini dalam tempoh tertentu atau mungkin ianya akan dilupuskan jika tidak dituntut?
Aduan sudah dibuat. Tidak sanggup saya menahan hidung untuk sekian kalinya sambil menikmati pemandangan kegedikan ulat-ulat sampah yang bermaharajalela.
Harap tidak berulang lagi.