TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Saturday, September 24, 2011

Lambakan blog

Blog lagi? 

Tugasan semester dua.. setiap pelajar perlu bina blog berdasarkan kehendak soalan. Bayangkan.. yang belajar kira-kira 6000 orang maka akan ada 6000 blog yang dibina tahun ini. Itu belum campur dengan mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan blog.

Nak bina blog bukan susah. Nak kekalkan komitmen itu yang masalahnya. Ramai yang bersemangat di permulaan mula angkat tangan di pertengahan jalan. Dunia blog takda penghujungnya melainkan terkubur begitu sahaja.

Pembinaan blog akan dinilai dan diberi markah. Kandungan blog melibatkan isi-isi yang berkaitan dengan major yang di ambil. Ramai rakan-rakan seperjuangan dah mula bina blog. Saya masih buntu tentang kandungan blog yang ingin dimuatkan nanti.

Harapan saya.. blog yang satu lagi dapat membantu guru-guru, murid-murid dan ibu bapa meningkatkan pemahaman dan kemahiran dalam major yang saya ambil iaitu Sains.

Bila dah siap nanti.. jangan lupa support yer..

Terima kasih di atas sokongan yang diberi.