Kisah bersunat yang tak habis. Nak buat cam mana? Saya ada 3 orang anak lelaki dan tentunya bersunat merupakan perkara yang saya perlu faham secara menyeluruh. Tambahan pula.. ianya tidak semudah menyebutnya. Pengurusannya.. penjagaannya.. dan yang paling penting ialah penerangan mengenainya. Nak suruh anak bersunat secara sukarela bukan mudah. Paling-paling tidak... mulalah muncul soalan cepu emas.
"Ibu... bersunat tu sakit tak?", soalan cepu emas dah muncul.
"Orang kata.. macam kena gigit semut jer", jawapan cepu gangsa.
Nak jawab macamana? Nak kata sakit kang.. langsung susah hati anak ini bila nak suruh bersunat. Nak kata tak sakit... tipulah pula. Dah ramai yang kata macam kena gigit semut.. saya pun jawablah macam tuu..
"Semut api ke semut hitam?", soalan cepu emas berapa K punya...
google
Okey.. mereka yang berkenaan.. tolonglah jawabkan..