TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Sunday, September 25, 2011

Kes isteri kena penerajang - Serba salah nak buat laporan

Tak report salah..

Mana boleh tahan kalau asyik makan penampar dan kena penerajang. Pantang tegur. Silap jer.. tunjuk ler taring.. keluar ler kuku.

Report pun salah..

Kena ceramah oleh pihak yang berkenaan. Suami puan ni.. kakitangan kerajaan. Kalau kami terima report... siasatan akan dijalankan. Bila ada siasatan... habislah kerjaya suami puan.

Kalau fikir singkat.. pihak isteri memang tak kisah pun. Selama ni... suami nak bagi nafkah pun mengelat. Duit dia.. duit dia.. duit isteri dan anak pun duit dia. Tapi.. bila fikir hutang rumah.. hutang kereta.. masa tua... akhirnya?

Tahan je lah jadi alat bertinju. 

Mungkin ini antara sebab kenapa ada isteri-isteri di luar sana yang masih bertahan. Di telan mati mak.. di luah mati bapa..