Dalam rangka untuk membesarkan anak-anak anda untuk menjadi orang dewasa yang bertanggung jawab, anda perlu mengajar mereka tentang tanggung jawab. Anak-anak harus dididik untuk bertanggungjawab pada diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Lima perkara yang dapat membantu anak anda membesar sebagai manusia yang betanggung jawab.
Showing posts with label anak-anak. Show all posts
Showing posts with label anak-anak. Show all posts
Saturday, January 29, 2011
Thursday, January 27, 2011
Tak pandai didik anak - Kenapa tersentap?
Sedikit sebanyak... mesti tersentuh naluri keibubapaan jika dikatakan tidak pandai mendidik anak. Samaada hakikatnya diri memang tidak pandai mendidik (alpa), tiada mana-mana ibubapa pun rasanya yang boleh terima hakikat yang mereka tidak pandai mendidik anak.
Friday, December 17, 2010
Kita shopping kat Jaya Jusco - Sila baca dalam nada riak dan berlagak
Melihat telatah bebudak.. kadangkala melucukan. Dalam lucu tak lucu.. jangan lupa tentang didikan.
Wednesday, December 15, 2010
Salah ke anak lelaki masuk tandas perempuan? - Bukan saya tak didik anak
Setakat pandangan sinis... bukan sekali dua yang saya terima. Siap kena sound pun ada. Mujur le telinga ni tebal dan malas cari pasal. Diam jer lah. Semuanya kerana saya menyuruh anak-anak soleh ni masuk tandas awam perempuan.
Tuesday, December 14, 2010
Memang geram bila orang tak pakai akal menconteng sesuka hati - Menyusahkan orang nak beri jawapan balas jer..
Nak jadikan sebagai tajuk entri pun tak tergamak tapi manusia tak guna akal ni sesuka hati dia nak menconteng tak kira tempat. Inilah realiti yang perlu saya tangani samalam. Walaupun hanya menunggu hari dan masa tapi itu bukan halangan untuk saya membawa anak-anak bersiar dan bermain. Memilih untuk ke Padang Polo, Ipoh untuk anak-anak melepaskan gian tingkahlaku seorang anak-anak membawa saya kepada satu persoalan hingga saya terkedu dalam memberikan jawapannya.
Agenda Ben 10 yang tersembunyi
Kartun ni memang famous. Bukan setakat cerita tapi setiap keluaran barangannya menjadi rebutan anak-anak masa kini. Kena-kena pula anak-anak yang sukakan cerita aksi... semuanya nakkan barangan Ben 10. Dari baju, bekas pensel, buku nota, jam dan lain-lain.
Saturday, December 4, 2010
Ngangkung - Mahu bersalin dibuatnya
Baru jer kata hari tu ibu mengandung tak boleh masuk. Hari ni bolehlah pula. Mentang-mentanglah tiket hari Sabtu mahal dari hari biasa... tetiba jer dibenarkan untuk menonton. Asalnya nak nonton cerita Rapunzel bersama anak-anak. Sekali... tiket full daaaa. Pastu saja le gatal tanya boleh tengok Ngangkung tak? Ehhh.. boleh pulak...
Monday, October 18, 2010
PEREMPUAN GATAL! - Perempuan gatal tu ape?
Semalam saya meluangkan masa bersama anak-anak menonton televisyen. Walaupun sekadar menonton cerita kartun... kadangkala sebagai ibu.. kita perlu ambil tahu tentang cerita yang disiarkan.
Apa lagi jika ia melibatkan channel DISNEY. Kartun yang disiarkan di channel DISNEY adakalanya tidak sesuai ditonton oleh anak-anak. Ada adegan 18SX. Tah apalah yang difikirkan oleh anak-anak bila melibatkan adegan yang berunsur 18SX.
Thursday, October 14, 2010
Tak mengaku anak?
Mengapa ada ibubapa yang sanggup tidak mengaku anak? Apalagi bila anaknya melakukan kesalahan atau membuat kesilapan yang mungkin agak berat untuk ditanggung. Menonton drama CHINTA di TV3 yang disiarkan pada jam 6:30 petang tadi membuatkan saya berfikir.
Jalan penyelesaian... anak dihalau... dibuang keluarga malah diharamkan untuk bertemu dengan mereka lagi. Wajarkah begitu?
Wednesday, October 13, 2010
Vagina
Macamana nak jelaskan bagaimana seorang bayi itu lahir jika anak-anak bertanya?
Adakah perlu wujudnya sebuah pembohongan?
Bercerita secara detail?
Tuesday, October 12, 2010
Malu dicium!
"Kenapa ibu cium Along? Ibu sayang Along yer..." tanya Along sambil menahan malu kerana dicium oleh saya depan kawan-kawannya.
"Sebab Along anak ibu... sampai bila-bila pun Along anak ibu dan ibu akan cium Along", jawab saya.
Along terdiam. Matanya merenung ke arah kawan-kawannya. Saya rasa... saya tahu apa yang bermain di fikiran Along.
Thursday, October 7, 2010
Sayangkan anak tangan-tangankan - Bukan campak-campakkan
Ini bukan cerita kes buang bayi sebaliknya proses yang berlaku dalam mendidik anak-anak. Saya akui... sebagai seorang ibu... saya pernah tangan-tangankan kedua-dua anak soleh saya ni. Gagal mengikuti panduan yang ditetapkan dalam Islam dalam mendidik anak mengikut usianya apabila nafsu amarah menguasai diri. Namun... rasanya belum sampai ke peringkat mencampakkan mereka sesuka hati. Paling kuat... barang yang jadi mangsa.
Friday, October 1, 2010
Bila keluar dari Zon 'Menutup Aurat' - Takkan nak tayang selagi ada?
Lokasi: Sekolah Menengah berhampiran
Zon Menutup Aurat...
Syukur... alhamdulillah..
dalam pemahaman...
mesti semua pelajar mesti menutup aurat..
terutama untuk pelajar muslimah...
sudah tentu perlu bertudung...
Thursday, September 30, 2010
Macamana ibu tahu?!
Naluri keibuan..
semulajadi..
datang tanpa diundang..
apa saja yang anaknya lakukan..
baik atau buruk
pasti diketahui..
cepat atau lambat..
Thursday, September 23, 2010
Peluk, cium dan dot dot dot
Anak sekarang kekurangan nikmat!
Itulah ayat yang dituturkan oleh seorang ustaz dalam ceramahnya.
Nikmat manakah yang semakin kurang tapi sentiasa dicari?
Saturday, July 31, 2010
Diabetes - Tips mengelakkan anak anda untuk turut berisiko
Mengidap diabetes semasa mengandung memberi lebih risiko kepada anak yang dikandung untuk lahir sebagai anak diabetes. Perangkaan kanak-kanak yang meghidap diabetes semakin hari semakin membimbangkan. Sebagai ibu yang menyayangi anak-anaknya... tentu tidak ingin perkara buruk menimpa anaknya. Ketahui tips untuk mengelakkan si kecil menghidapi diabetes sejak usia mudanya.
Biar muka diconteng arang, kasih ibu tidak terhakis
Walaupun sudah diconteng arang ke muka, anak tetap disayangi. Merekalah racun merekalah penawar. Demi sayang... apa sahaja sanggup dilakukan termasuk memaafkan kesilapan yang mereka lakukan walaupun kesannya pedih menghiris. Asalkan... mereka yang bernama anak tetap bersama di sisi dan tidak mengambil tindakan menjauhkan diri. Segala perasaan sakit hati dan malu dicampakkan jauh demi sebuah makna yang bernama kasih sayang.
Saturday, July 24, 2010
Berikan didikan agama yang sebaiknya kepada anak-anak agar mereka tidak menjadi musuh
Firman Allah AWT ertinya:"Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka, dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni mereka maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"
(At-taghaabun:14)
Friday, July 23, 2010
Ibu... bila baby lahir nanti dia menyusukan? - Macamana susu tu ada?
Mendengar pertanyaan daripada seorang anak yang sedang membesar kadangkala membuat diri kita terkedu... termenung.. memikirkan jawapan yang paling baik demi mengurai persoalan yang wujud dalam pemikiran anak ini. Seperti soalan yang diajukan oleh Along... anak saya. Kalau kamu... apakah jawapan yang selalu kamu berikan jika anak/adik kamu bertanyakan soalan yang tidak dijangkakan yang kamu rasakan sukar untuk dijawab? Adakah kamu...
Saturday, July 3, 2010
Kenapa tak maklumkan apa yang berlaku pada adik - Takutkah?
Cuba lihat gambar di bawah dengan teliti. Kamu nampak apa yang ingin saya tunjukkan? Memang tak jelas sebenarnya. Ini gambar dahi adik yang benjol kebiruan selepas pulang dari rumah pengasuhnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
