TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Wednesday, December 15, 2010

Salah ke anak lelaki masuk tandas perempuan? - Bukan saya tak didik anak

Setakat pandangan sinis... bukan sekali dua yang saya terima. Siap kena sound pun ada. Mujur le telinga ni tebal dan malas cari pasal. Diam jer lah. Semuanya kerana saya menyuruh anak-anak soleh ni masuk tandas awam perempuan.

Nak bising pun takleh juga. Ialah.. yang seorang ni bulat.. yang seorang ni panjang. Nampak macam budak laki yang dah lebih dari tahun tiga sedangkan akal pun masih pendek.

Tapi... salahkah saya suruh anak lelaki masuk tandas orang perempuan? Abahnya takda. Hanya saya dan anak-anak. Nak membiarkan mereka masuk tandas laki kurang menyakinkan bagi saya. Maklumlah keadaan dunia sekarang. Banyak orang sakit mental. Banyak kisah yang kita dengar. Banyak kemungkinan boleh berlaku. 

Saya tak mahu ambil risiko. Apalagi jika dalam suasana yang kelam kabut. Orang ramai berpusu-pusu. Berebut-rebut. Siapa yang nak bertanggungjawab memantau keadaan anak kita dalam tandas orang lelaki tu? Apa-apa hal?

Seperti biasalah.. bukan semua orang faham malah ramai yang tak faham dan taknak memahami pun. Benda-benda ni mana ada belajar kat sekolah. Mana ada pendedahan di media massa. Segalanya terletak pada tolak ansur dan pemikiran masing-masing.

Kita?

Redha..