TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Tuesday, December 14, 2010

Memang geram bila orang tak pakai akal menconteng sesuka hati - Menyusahkan orang nak beri jawapan balas jer..

Nak jadikan sebagai tajuk entri pun tak tergamak tapi manusia tak guna akal ni sesuka hati dia nak menconteng tak kira tempat.  Inilah realiti  yang perlu saya tangani samalam. Walaupun hanya menunggu hari dan masa tapi itu bukan halangan untuk saya membawa anak-anak bersiar dan bermain. Memilih untuk ke Padang Polo, Ipoh untuk anak-anak melepaskan gian tingkahlaku seorang anak-anak membawa saya kepada satu persoalan hingga saya terkedu dalam memberikan jawapannya.


Semuanya angkara vandalisme. Sungguh biadaplah yang punya angkara menconteng perkataan tidak sepatutnya itu di kawasan permainan kanak-kanak. Nak tangkap gambar sebagai bukti pun saya tak sanggup. Memandangkan Along yang sudah pun pandai membaca secara tidak langsung turut membaca perkataan tersebut. Bukan setakat baca... siap tanya apa maknanya? Ishhh.. memang rasa hangat hati sangat! 

 Di taman permainan inilah manusia yang tidak bertanggungjawab menconteng perkataan yang memalukan... 
memang tak pakai akal punya manusia..

Saya hanya menjelaskan bahawa perkataan itu tidak elok untuk disebut. Kalau sebut juga... nanti masuk neraka. Memang tak tahu nak jelaskan bagaimana. Apalagi bila ditanya secara tiba-tiba.

Kalau anda... apa jawapan yang anda berikan?

soksek2: bila anak-anak belajar sesuatu yang kurang baik.. jangan berprangsangka ada orang sekeliling yang mengajarnya. Tak mustahil... vandalisme adalah salah satu faktor menyumbang.