TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Friday, July 23, 2010

Ibu... bila baby lahir nanti dia menyusukan? - Macamana susu tu ada?

Mendengar pertanyaan daripada seorang anak yang sedang membesar kadangkala membuat diri kita terkedu... termenung.. memikirkan jawapan yang paling baik demi mengurai persoalan yang wujud dalam pemikiran anak ini. Seperti soalan yang diajukan oleh Along... anak saya. Kalau kamu... apakah jawapan yang selalu kamu berikan jika anak/adik kamu bertanyakan soalan yang tidak dijangkakan yang kamu rasakan sukar untuk dijawab? Adakah kamu...

1. Memberi penjelasan sebenar secara detail - Samaada anak faham atau tidak itu perkara kedua

2. Memberi jawapan berbentuk penipuan - janji dia diam dan takkan bertanya lagi

3. Marahkan anak - Nak tanya soalan... jangan tanya yang bukan-bukan!

4. Buat tak reti jer - Lama-lama dia diamlahhh

5. Beri jawapan secara ringkas atau dengan bandingan yang lebih mudah - Walaupun kadangkala perbandingan itu membuatkan anak jadi lebih tidak faham

Kalau saya... saya memilih nombor 1 dalam memberi penjelasan. Tak kisahlah anak saya faham atau tidak kerana bagi saya bila tiba saat dia dapat memahami... jawapan yang diberikan oleh saya sebagai ibunya adalah benar dan sama dengan jawapan yang diketahuinya. Kadangkala... kita sebagai orang tua merasakan penjelasan kita sukar difahami oleh anak-anak tetapi sebenarnya tidak mustahil sedikit sebanyak mereka akan cuba belajar memahami.

Tahukah kamu bagaimana susu ibu terhasil? Saya buat kajian jawapan setelah memberikan jawapannya kepada anak saya dan syukur alhamdulillah... jawapan yang saya berikan tidak lari daripada fakta yang ada.

sumber: http://www.yusrinahata.com/2010/02/13/penyusuan-susu-ibu-bagaimana-ia-terhasil/

Pernahkah anak/adik kamu ajukan soalan yang kamu rasakan sukar untuk dijawab?