Anak murid baru sahaja selesai menduduki ujian pengesanan yang ketiga. Walaupun hanya sekadar ujian pengesanan... setiap kali ujian.. mesti cikgu yang sesak nafas. Kalau masa mula mengajar dulu.. ujian pengesanan dilakukan sebanyak lapan kali.. tapi setelah hampir 14 tahun berkecimpung dalam dunia pendidikan.. ujian pengesanan dilakukan sebanyak tiga kali sahaja. Tujuan ujian pengesanan adalah untuk menilai setakat mana penerimaan murid terhadap topik yang telah diajar. Kalau baik keputusannya... maka berjaya proses P&P seorang guru itu. Kalau tidak... maka seseorang guru itu perlu mencari jalan penyelesaian untuk memperbaiki mutu pengajarannya.
Showing posts with label cara mendidik anak dengan betul. Show all posts
Showing posts with label cara mendidik anak dengan betul. Show all posts
Friday, August 27, 2010
Friday, August 13, 2010
Banyak-banyakkan bersabar di bulan puasa tapi... jangan buat orang hilang sabar...
Sabar merupakan satu sifat yang perlu dalam hidup. Tak kiralah... bulan puasa atau tidak... kita dituntut untuk sentiasa bersabar. Apalagi di bulan yang mulia ini. Orang kata... hilang sabar pada bulan puasa boleh mengurangkan pahala puasa tapi bagaimana pula dengan punca hilangnya sabar tersebut?
Wednesday, August 4, 2010
Yang menepati masa adalah mangsa kepada pemangsa yang suka mungkir - Ini bukan janji Melayu
Ini kenyataan dan realiti kehidupan. Bila berbicara tentang masa... sememangnya kita banyak buang masa. Tak kira masa sendiri... apalagi masa orang lain. Apalagi kalau melibatkan perjalanan sesuatu majlis. Tak kisah apa jua majlis. Mesyuarat ke... majlis formal ke... atau majlis tidak formal juga. Susah sangatkah nak tepati masa yang ditetapkan? Yang sering menjadi mangsa pula... adalah mereka yang menepati masa. Mereka yang tidak patuh pada masa, selalunya buat dek ajer.
Saturday, July 31, 2010
Biar muka diconteng arang, kasih ibu tidak terhakis
Walaupun sudah diconteng arang ke muka, anak tetap disayangi. Merekalah racun merekalah penawar. Demi sayang... apa sahaja sanggup dilakukan termasuk memaafkan kesilapan yang mereka lakukan walaupun kesannya pedih menghiris. Asalkan... mereka yang bernama anak tetap bersama di sisi dan tidak mengambil tindakan menjauhkan diri. Segala perasaan sakit hati dan malu dicampakkan jauh demi sebuah makna yang bernama kasih sayang.
Friday, July 23, 2010
Ibu... bila baby lahir nanti dia menyusukan? - Macamana susu tu ada?
Mendengar pertanyaan daripada seorang anak yang sedang membesar kadangkala membuat diri kita terkedu... termenung.. memikirkan jawapan yang paling baik demi mengurai persoalan yang wujud dalam pemikiran anak ini. Seperti soalan yang diajukan oleh Along... anak saya. Kalau kamu... apakah jawapan yang selalu kamu berikan jika anak/adik kamu bertanyakan soalan yang tidak dijangkakan yang kamu rasakan sukar untuk dijawab? Adakah kamu...
Thursday, July 15, 2010
Beraksi bogel selepas keluar dari bilik air sambil mengacukan tuttt - Aksi siapa ditiru oleh anak itu?
Amaran: Sila baca entri ini dengan minda yang terbuka. Buat yang belum berumahtangga... ambil ikhtibar, bukan lihat yang tersurat...
Berborak kosong dengan rakan di sekolah. Dia memberi sebab kenapa tidak menambah bilangan anak lagi. Bukan tak mampu dan bukan tak mahu. Namun, persekitaran yang disaksikan oleh matanya sendiri menyebabkan dia berfikir banyak kali untuk menambah bilangan ahli keluarganya. Katanya... susah nak cari pengasuh yang benar-benar boleh dipercayai...
Wednesday, July 14, 2010
Bersikap adil kepada anak-anak - Kenapa perlu pilih kasih?
Bukan senang bersikap adil? Benarkah? Apalagi dalam usaha bersikap adil kepada anak-anak. Sebaik mana usaha kita.. kadangkala tetap ada pincangnya di mata anak. Ada sahaja yang tak kena... ada sahaja prasangka yang merasakan kita melebihkan anak yang itu berbanding yang ini. Jesteru... sebagai orang tua kita mengeluh. Perkembangan yang tidak sihat ini boleh menyebabkan kepincangan pergaulan sesama mereka (anak-anak). Yang paling menakutkan... akan timbulnya konflik jiwa dalam diri anak-anak tadi yang mereka sendiri tidak tahu cara mengatasinya.
Thursday, July 1, 2010
Jangan jadi monyet - Apalagi kalau tumbuh ekor
Terjumpa sebuah cerita di jinggo-ecokid.blogspot yang sungguh menarik perhatian saya. Melalui pemerhatian... apa yang berlaku di sekeliling kita... kita boleh jadikan panduan untuk sesuatu yang hampir dengan kehidupan kita. Jangan jadi monyet...
Thursday, June 24, 2010
Tolong tegur anak dara saya yang berdating tepi rumah awak tu yer - Biar je lahhh?
Serba salah rasanya. Nak tegur ke... taknak tegur. Maknya suruh tegur. Bebudak remaja ni pula bukan boleh tegur tak tentu pasal. Kena-kena pula yang sedang melonjak jiwa remajanya. Memang tak berapa molek perangai macam tu. Anak dara... sembang ngan anak teruna tepi rumah orang. Malam-malam. Tak tahulah apa yang spesel sangat rumah saya ni? Kat belakang rumah jadi port bebudak lepak secara group lepas balik sekolah. Kat tepi rumah pula jadi tempat anak dara dan anak teruna berdua-duan memadu kasih. Kalau disewakan port ni... boleh jadi kaya niii...
Tuesday, June 22, 2010
Adik kata - Along nak kawen dengan budak perempuan tuuu... cium2... letak tuttt kat tuttt - Ehhhh ?????
Ya ALLAH! Memang mengucap panjang bila saya mendengar adik menutur perkataan dalam tajuk entri di atas. Tuttt di sini membawa maksud yang depan di letakkan dibelakang. Faham-faham sendirilah erkkk. Sebenarnya ini bukan kali pertama adik menutur perkataan demikian. Setahun lepas... hal ini pernah berlaku. Siap dengan aksi sekali. Memang saya termenung panjang masa tuuu. Mana pula adik dapat ilmu ni? Dia baru 5 tahun?
Subscribe to:
Comments (Atom)
