TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Friday, August 27, 2010

Sesak Nafas

Anak murid baru sahaja selesai menduduki ujian pengesanan yang ketiga. Walaupun hanya sekadar ujian pengesanan... setiap kali ujian.. mesti cikgu yang sesak nafas. Kalau masa mula mengajar dulu.. ujian pengesanan dilakukan sebanyak lapan kali.. tapi setelah hampir 14 tahun berkecimpung dalam dunia pendidikan.. ujian pengesanan dilakukan sebanyak tiga kali sahaja. Tujuan ujian pengesanan adalah untuk menilai setakat mana penerimaan murid terhadap topik yang telah diajar. Kalau baik keputusannya... maka berjaya proses P&P seorang guru itu. Kalau tidak... maka seseorang guru itu perlu mencari jalan penyelesaian untuk memperbaiki mutu pengajarannya.

 bukan meja saya tapi pinjam gambar kat SINI

Dah selesai menanda kertas. Bukan cekap sebaliknya dateline yang diberi juga menyesakkan nafas. Penyerahan segala hal perlu dibereskan sebelum 2hb September. Biasalah... nama jer cuti tapi macam tak cuti. Berbondong-bondong kerja yang dibawa pulang ke rumah. Dalam membebel dengan kerja yang ada... itu bukan halangan untuk terus berblog. Ehhh... kita bukan robot tau. Sambil-sambil buat kerja ni... sambil minum air. Tersedak-sedak gitu.

Soalan ujian kali ini agak mencabar bagi murid tahun empat. Alhamdulillah... keputusan bagi kelas projek... 100% lulus dengan pencapaian yang cemerlang. Bagi kelas biasa... ada 2% peningkatan dan telah lepas target yang ditetapkan. Masih belum boleh menarik nafas lega. Ramai sangat murid yang sangkut dengan markah antara 36% hingga 39%. Sikit lagi nak lulus. Kebanyakan murid yang begini... adalah murid yang berpotensi tapi kurang rajin mengulangkaji apalagi menyiapkan kerja yang diberikan... samaada kerja sekolah itu sendiri atau kerja rumah.

Untuk tahun 3 pula... pencapaian matematik adalah sebanyak 87%.  2 orang murid gagal  adalah murid pemulihan. Perhatian lebih perlu diberikan kepada murid ini kerana mereka masih belum menguasai kemahiran asas mengira. Sains pula tiada masalah... dengan pencapaian... 100% lulus. 

Orang kuat sekolah selalu mengingatkan guru-guru supaya tidak menyalahkan murid jika tidak mencapai keputusan yang diingini. Lihat diri sendiri dan kaji kelemahan kenapa peratus masih tidak dicapai. Kadangkala... bukan nak pertahankan diri. Manakan mungkin kami guru dapat mengubah sikap anak murid jika mereka tidak mahu berusaha walaupun pisau telah diletakkan di tengkuk? Masa di sekolah adalah terhad dan tidak boleh harap 100% usaha dari guru sahaja. Selalu jer geleng kepala bila melihat kerja rumah yang diberi tak disiapkan. Pemantauan di rumah tiada. Kadangkala... surat yang diberi ditandatangani tanda anak telah menyiapkan kerja rumah tetapi bila disemak... apa pun tak ditulis.

Soksek: Sebagai guru saya sayang anak didik saya dan sebagai ibubapa tentu anda juga menyayangi anak-anak anda. Sama-samalah kita berganding bahu melaksanakan tanggungjawab kita.