TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Friday, August 13, 2010

Banyak-banyakkan bersabar di bulan puasa tapi... jangan buat orang hilang sabar...

Sabar merupakan satu sifat yang perlu dalam hidup. Tak kiralah... bulan puasa atau tidak... kita dituntut untuk sentiasa bersabar. Apalagi di bulan yang mulia ini. Orang kata... hilang sabar pada bulan puasa boleh mengurangkan pahala puasa tapi bagaimana pula dengan punca hilangnya sabar tersebut?

Mengambil kesempatan pada hari ini untuk mengingatkan, menegur dan menasihati anak murid supaya tidak lupa adab belajar dan tidak naik ekor. Maklumlah... anak-anak ni.. kalau kita selalu berlembut... dia akan mula nak pijak kepala. Dalam proses mendidik... pengulangan peringatan adalah perlu. Biar berbuih mulut... anak-anak sentiasa perlu ditegur supaya tiada kes naik lemak walaupun mereka berpuasa.

Saya menegur mereka untuk serius ketika menuntut ilmu. Apalagi... sekarang dah masuk bulan Ogos tapi saya masih kurang berpuashati dengan pencapaian mereka. Seorang demi seorang dibimbing tetapi yang lain mula buat hal bila kita beri tumpuan pada seseorang. Tiada inisiatif untuk cuba memahami apa yang mereka belajar dengan sendiri. Itu adalah cabaran mendidik anak murid yang sedikit lemah. Bukan tidak pandai tetapi sikap yang menjadikan mereka berbeza dengan rakan-rakan yang lain.

"Kamu nak tak cikgu anggap kamu tak sayang cikgu bila cikgu lihat keputusan kamu yang mengecewakan?', saya melontarkan pertanyaan.

Semua murid mengelengkan kepala namun ada yang sekadar mengeleng ikutan. Pencapaian murid tahun 4 tahun ini agak sedikit merunsingkan berbanding murid tahun lepas. Kalau tahun lepas... saya dah mula biarpun anak murid saya untuk bergerak sendiri dalam menjawab soalan yang berkaitan matematik... tetapi tidak pada tahun ni... sedangkan... tempoh persekolahan untuk tahun ini semakin menghampiri penghujungnya. Tahun 4 adalah persediaan untuk tahun 5 dan 6. Kalau ketinggalan... memang susah untuk mereka meneruskan pembelajaran pada tahun akan datang.

 sumber gambar: radenmulyawan.wordpress.com

"Kamu pernah tengok cikgu ngamuk kan... nak tengok lagi ke?" hati mula membengkak bila murid-murid yang nakal mula buat hal.

Yang memahami... mula menegur rakan yang nakal. Kadangkala... tak suka mengambil langkah untuk berpura-pura garang. Kesian pada anak murid yang memberi kerjasama. Hanya kerana seorang dua... yang baik-baik pula jadi mangsa. Namun... apalah langkah terbaik bagi seorang cikgu untuk menasihati selain daripada membebel. Nak dicuit... nak cari nahas?