Jangan dibuat. Apalagi buat pasal. Kalau ayat tajuk entri ini ni keluar daripada mulut seorang guru ketika proses Pengajaran dan Pembelajaran dalam kelas.. mahu jadi tajuk utama berita depan akhbar utama. Kena-kena pula menjadi ikutan anak murid.. arghhh.. jenuh!
Kagum betul dengan semangat anak-anak ini. Tak hairanlah boleh skor 5A masa percubaan UPSR tempoh hari. Cuma.. yang datangnya.. yang tu juga. Daripada 30 orang murid.. 15 jer hadir. Yang tak hadir tu yang nak banyak kena push.
Melompat jugalah bila pintu kelas yang tertutup dibuka. Masakan tidak.. elok je terjojol muka dua orang murid yang sedang menyorok dari menghadiri perhimpunan pagi.
Memang le budak ni nak hak yang sama macam cikgunya. Murid yang sama yang saya cerita dalam entri INI.
Tahap loyar buruk anak murid ni kadangkala perlu dipantau. Mungkin pada pandangan sesetengah individu.. ianya sekadar gurauan tapi bagi saya anak murid perlu dididik untuk tahu membezakan bila masanya patut bergurau apalagi bila mengeluarkan kenyataan loyar buruk.
Membebel-bebel seorang cikgu di bilik guru bila mendengarkan perkataan yang diulang-ulang oleh seorang murid lelaki tahun 6. Saya pula... hanya mengelangkan kepala. Kalau tak kerana tengah tekun menyiapkan tugas-tugas akhir tahun yang perlu diselesaikan, pasti dah kena basuh punya budak tuuu..
Ke Kemboja. Bukan saya tapi anak murid saya. Itulah hadiah yang diterima sempena kejayaannya memperolehi 5A dalam UPSR baru-baru ni. Teruja sungguh dia nak makan angin ke sana sehingga mengupdate status di facebook. Begitulah rezeki anak-anak sekarang hasil usaha ibubapanya suatu ketika dulu.
Baru jer nak bergembira tapi dalam sekelip mata jer kegembiraan telah diragut. Selepas habis waktu persekolahan... along bertemu saya membawa berita sedih... hadiah yang dimenanginya untuk Kuiz Bahasa Arab telah dikebas orang.
Merokok mengekalkan diri untuk awet muda? Mana tak awet muda kalau takdan tua. Kecik-kecik dah hisap rokok... bayangkan risiko yang bakal ditanggung? Kamu nak mati cepat... kamu punya pasal. Jangan babitkan pihak sekolah! Menyusahkan!!!