TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Friday, September 9, 2011

Kenapa nak kena sunat kalau nak kahwin?

Hah!

Sila jawab!

Bila usikan oleh orang dewasa.. rupa-rupanya dianggap serius oleh anak-anak.

"Dah sunat dah.. boleh lah kahwin.."

"Belum sunat tak boleh kahwin.."

Itu di antara usikan yang sering dituturkan. Kena-kena pula ada anak-anak yang mengatal main-main kahwin-kahwin atau yang dah pandai bercinta. Yang dah bersunat.. mula lah tersenyum simpul jika diusik begini seperti fahamlah makna kahwin tu apa..

Jenuh pula cikgu yang seorang ni nak betulkan konsep dan berikan pemahaman yang sebenar. Kaitkan dengan bersuci.. najis.. penyakit..

Nasib baiklah anak-anak ni faham..

Lepas ni kena usik cara lain pula. Yang lebih logik dan lebih mudah diterima dek akal mereka. Anak-anak sekarang dah advance..