Anak puan normal cuma.. dia mungkin kurang keupayaan intelektual..
Kurang
keupayaan intelektual bermaksud anak belum dapat berfikir mengikut
tahap umurnya. Dalam kes Angah yang berumur enam tahun kelihatan
mempunyai pemikiran seperti kanak-kanak yang berumur empat tahun. Ini
menjadikan Angah seorang anak yang tidak mampu menangkap apa yang kita
sampaikan dan tidak mampu juga untuk memberikan penerangan panjang lebar
tentang apa yang berlaku. Anak yang sebegini akan kelihatan tidak
matang dan lebih banyak bermain.
Dalam
kes sebegini.. kanak-kanak akan pulih seperti biasa bergantung kepada
pemantauan dari orang sekeliling. Rajin-rajinkan diri untuk sentiasa
berkomunikasi dengan anak yang begini. Kesabaran merupakan aset utama
kerana hasilnya mungkin memerlukan jangkamasa yang panjang. Anak juga
perlu diajar untuk lebih berdisiplin agar dia tahu untuk menjalani rutin
harian dengan betul.
"Boleh doktor cadangkan aktiviti yang bersesuaian?".
Sebagai
ibu.. saya perlukan bantuan. Mungkin doktor boleh cadangkan saya untuk
belikan buku yang menarik perhatian Angah. Atau mungkin juga ada
aktiviti-aktiviti yang sesuai dilakukan bersama agar Angah matang
mengikut usia dalam tempoh yang singkat.
Itu saya tak tahulahhh!. Saya doktor.. tengok masalah kesihatanlah!. Bukan hal yang sebeginilahhh!
Ada ke itu jawapannya?
Sabar jer lahhh!
Rawatan susulan Angah.. bulan tiga tahun depan. Angah boleh bersekolah seperti biasa tapi berkemungkinan menjadi anak yang slow leaner jika dibiarkan.
Insyaallah..
saya akan usahakan sebaik mungkin untuk kebaikan Angah. Adakah salah
saya yang sememang kurang berkomunikasi dengan Angah semasa Angah dalam
kandungan dulu?
Ermm..