Lucu pula..
Budaya menghulur di kawasan kejiranan. Sekali.. sekala.. apa salahnya memberi.. orang lain merasa. Dan sebagai tanda berbahasa bila orang berbudi.. bekas yang diberi mesti berisi ganti.
Yang jadi lucunya bila dah tak tahu siapakah tuan punya bekas. Lalu acara balas membalas berlangsung tak sudah-sudah. Kita ingatkan piring dia.. dia ingatkan piring kita. Kita hantar.. jiran pulangkan. Jiran hantar kita pulangkan juga.
Pernah alami situasi yang begini?
Bila asyik pulangkan tak sudah-sudah.. tentu rasa musykil mula timbul. Nak tak nak.. tebal muka.. ringankan mulut bertanya..
"Ini piring siapa sebenarnya?'.
Barulah terbongkar rahsia. Tak tahu piring siapa rupanya. Hikmahnya.. baru tahu piring-piring yang ada dah tertukar sana-sini. Bermulalah acara mengesan piring terbang di kalangan jiran-jiran yang terlibat.
Itu tak masuk kes tertukar dengan piring sendiri. Maklumlah.. corak sama.. cuma jenama yang berbeza. Yang ada jenama.. tentunya nakkan piring yang asal kembali. Beli mahal-mahal tuu..
Apa yang penting.. hubungan yang dieratkan. Dalam situasi yang kelihatan kalut ni.. paling tidak.. sedikit masa dapat diperuntukkan untuk berbual mesra sambil mengesan piring milik siapa.
Jangan bergaduh kerana piring sudah.. haru jadinya..