TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Saturday, September 10, 2011

Jari yang berseni

Kagum betul dengan tuan punya jari ni. Memang berseni orangnya. 

Saya pula?

Memang minatkan seni tapi menuntut tak habis. Dan dek kerana minat seni.. saya ambil minor seni bila sambung belajar kali ni walaupun tahu asas seni teramatlah kurang.

Terharu sangat bila tuan punya jari yang berseni sudi melukis potret saya. Dalam usikan (padahal memang berharap).. tau-tau.. dia dah tag gambar yang siap dilukis menggunakan MS Paint.

Tang mata tu.. memang teramatlah samanya..

Rasa bangga.. terharu.. tak tau nak cakap.. bila ada orang sudi lukis potret kita. Terima kasih banyak-banyak yer. Teruja punya pasal.. terus jadi profile picture kat mukabuku.
Nak kenal dengan tuan punya jari yang berseni ni? Kliklah SINI