Tak patut.. tak patut..
Memang tak patut..
Ada ke patut.. Malam UPSR tu ada kelas tambahan lagi?
Sekurang-kurangnya bagilah ruang kat anak murid rehatkan minda. Buat persediaan mental. Takkan dah sampai detik terakhir pun nak disumbat-sumbat lagi? Kalau span pun dah tak mampu menyerap. Mahu 'blank' di buatnya anak murid tu nanti..
Kami cikgu-cikgu memang taknak bagi ruang!
Kami kenal anak murid kami. Kami tahu berapa ramai yang sendiri membuat persediaan tanpa pertolongan sesiapa. Kerat kuku.. bilangannya boleh dikira dengan jari. Kami juga faham kesibukan ibubapa anak murid kami. Masakan tidak.. dek kerana sibuk.. kedatangan ibubapa untuk majlis bacaan Yassin dan Majlis Restu Waris pun hanya satu perempat daripada bilangan anak murid kami. Kerana itu.. kami mengambil alih tanggungjawab itu.
Kami taknak bagi ruang untuk anak murid kami..
- leka bersantai tanpa pemantauan daripada sesiapa
- asyik menonton televisyen
- berchatting
- berbalas status di facebook
- lepak di cyber cafe
- main game
- yang paling penting kami taknak bagi ruang untuk anak didik kami merasa gemuruh dan mereka perlu tahu yang mereka ada kami yang sentiasa memberi sokongan.
SELAMAT MAJU JAYA KEPADA SEMUA MURID-MURID YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR 2011.
Berusahalah sebaik mungkin. Setapak ke hadapan bukan bermakna tak perlu melihat kebelakang..
Langkahmu baru bermula..