Kagum betul dengan semangat anak-anak ini. Tak hairanlah boleh skor 5A masa percubaan UPSR tempoh hari. Cuma.. yang datangnya.. yang tu juga. Daripada 30 orang murid.. 15 jer hadir. Yang tak hadir tu yang nak banyak kena push.
Bukan restu waris 'jari hantu' apalagi restu orang yang bernama 'Waris' dalam cerita hantu. Majlis restu waris untuk murid-murid tahun enam di mana ibubapa dijemput hadir untuk memberi restu kepada anak masing-masing dan memaafkan semua kesalahan mereka tanpa sekelumit perasaan marah dan geram. Maklumlah... tanpa restu... apa yang terbaik untuk anak-anak mungkin tersekat. Kadangkala... sebagai ibubapa, kita sangka kita sudah memaafkan... rupa-rupanya sekelumit perasaan geram walau sebesar kuman pun boleh menjadi penghalang kejayaan anak-anak kita.
Esok sekolah kembali bermula... walaupun sehari sebelum kembali bercuti pada hari sabtu dan ahad... hati ini rasa berdebar-debar. Mampukan saya? Bila terkenang silibus yang belum dihabiskan... sempatkah? Walaupun hanya tinggal satu perempat dari sukatan pelajaran yang ditetapkan... risau pula saya tak mampu mengejar. Apa lagi dengan kesihatan yang tidak memberangsangkan. Setakat nak habis macam tu sahaja.. memang boleh. Tapi... untuk apa mengejar jika apa yang di ajar tidak difahami. Saya selalu tegaskan kepada anak murid saya... 'Biar lambat asal kita dapat faham dan kuasai apa yang dipelajari'.