Semangat betul!
Kagum betul dengan semangat anak-anak ini. Tak hairanlah boleh skor 5A masa percubaan UPSR tempoh hari. Cuma.. yang datangnya.. yang tu juga. Daripada 30 orang murid.. 15 jer hadir. Yang tak hadir tu yang nak banyak kena push.
Apa nak buat?
Pihak guru dah berusaha sebaik daya. Hanya doa yang mengiringi perjuangan mereka.
Cadangnya taknaklah bagi mereka jawab kertas soalan. Ajaklah sembang-sembang. Cuba bagi tips-tips masa diri sendiri belajar dulu. Teringat kembali.. saya adalah di antara murid pertama yang menduduki UPSR.
Cikgu ajak bincang formula.. deme nak jawab soalan juga. Cikgu bagi masa 30 minit.. 20 minit deme dah siap. Betul semua pula tu. Kalau gini gayanya... insyaallah.. A dalam tangan.
Masalah murid pandai hanya dua. Terlebih yakin atau cuai. Harapan.. anak-anak ini tenang ketika menjawab soalan. Jangan hendaknya rasa gugup menguasai diri.
Pesanan untuk ibu-ibu.. maafkanlah anak anda setulus hati anda. Jangan biarkan secebis rasa terkilan bersarang dalam diri kerana itu menjadi penghalang kepada doa yang dipohon..