TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Tuesday, September 13, 2011

Tengkorak hang!

Opsss.. ayat tak sayang mulut tuuu..

Jangan dibuat. Apalagi buat pasal. Kalau ayat tajuk entri ini ni keluar daripada mulut seorang guru ketika proses Pengajaran dan Pembelajaran dalam kelas.. mahu jadi tajuk utama berita depan akhbar utama. Kena-kena pula menjadi  ikutan anak murid.. arghhh.. jenuh!

Penangan tengkorak dalam kelas..

google

Simbol apa ni yer murid-murid?

Dadah Membunuh!

"Tangan di dada" <--- semput!

Jawapan yang penuh yakin. Satu kelas pula tu. Asal gambar tengkorak jer.. dadah le. Asal dadah jer.. lukis le tengkorak. Bukan salah mereka pun. Dah pendedahannya begitu. Di mana-mana pun.. mereka melihat.. tengkorak begitu sinonim dengan dadah dan sebaliknya.

Kefahaman yang perlu dibetulkan semula. Mengajar sains tahun tiga untuk tajuk sifat-sifat bahan. Murid perlu kenal beberapa simbol yang ada pada bahan.

Ini.. simbol tengkorak.. senyum...

maknanya... bahan itu beracun yer murid-murid. Tengkorak kat poster dadah tak senyum. Tengkorak untuk simbol beracun jer yang senyum.

Ingat tau.. siapa minum/ makan racun.. nanti akan bertukar rupa jadi macam tengkorak senyum..

Mengajar ni.. kadangkala perlukan formula supaya anak murid dapat mengingati sesuatu dengan mudah. Formula tengkorak senyum memang berkesan kerana setiap tahun  anak murid saya tidak pernah salah memberikan jawapan bila soalan ini keluar dalam bahagian A soalan sains tahun 3.