TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Monday, September 12, 2011

Bukan mudah nak anjurkan contest

Serik!

Itu yang boleh saya katakan. Kalau sesiapa yang mengikuti perkembangan blog Semekar Kasih dari awal.. pasti maklum blog ini pernah mengadakan Contest Matematikomen.

Bukan mudah rupanya menganjurkan contest. Bukan setakat rancangan aktiviti yang bersesuaian dan menyediakan hadiah. Ianya turut melibatkan perkara lain yang tidak pernah kita jangka sama sekali.

Masalah saya melibatkan reputasi. Agak sukar bila hadiah yang ditawarkan turut melibatkan pihak yang lain. Proses pengumpulan hadiah. Proses pemilihan pemenang. Proses mendapatkan alamat pemenang. Proses pengeposan. Proses memastikan hadiah selamat sampai...

Dan sampai sekarang.. tak sempurna 100%.

Itu belum masuk masalah kengkangan masa. Dicampur pula dengan situasi saya yang berbadan dua pada masa tu.Mujurlah salah seorang pihak sponsor sudi membantu mengepos hadiah kepada pemenang.

Saya akui kesilapan saya sendiri. Saya yang tidak begitu komited dalam hal ini. Kekurangan ilmu dalam bidang IT di awal pembabitan menyebabkan alamat yang diberi oleh pemenang hilang dari email. Walau bagaimanapun saya telah berusaha untuk menghubungi semula pemenang di blog masing-masing.

Masalah yang seterusnya bila alamat pemenang tidak dapat dikesan oleh pihak Skynet. Rumah tak bertuan. Telefon tak dapat dihubungi. Akhirnya.. kembalilah satu kotak hadiah ke tangan saya. Rasa ralat bila gagal menunaikan janji.

Sekiranya pemenang masih mengikuti perkembangan blog Semekar Kasih.. sudilah kiranya menghubungi saya kembali. 

Saya minta maaf atas segala kesulitan. Bukan niat memungkiri janji.