TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Tuesday, August 23, 2011

Umpan

Senyap satu kelas.

"Murid yang kerjanya paling kemas, cantik dan baik sampai habis waktu cikgu akan dapat salah satu kereta mainan yang ada depan ni".


Cikgu bawa barang permainan ke sekolah? Nak kena rampas niii..

Bukan sebarang kereta. Kereta mainan ni digunakan sebagai Alat Bantu Mengajar untuk murid memahami topik tolakan dan tarikan boleh melajukan, memperlahankan dan mengubah arah objek.

Jenuh juga memikirkan cara yang terbaik mengajar topik ni. Mananya tidak.. bila kereta mainan disarankan menjadi bahan eksperimen.. masalah mula wujud. Secara praktikalnya.. kereta mainan yang ada sekarang menggunakan fungsi.. tarik dan lepas... sedangkan apa yang hendak disampaikan ialah.. bila nak menjadikan objek lebih laju.. kita akan tolak terebut dengan kuat dan begitulah sebaliknya.

Apa-apapun dek kerana meja murid yang licin... eksperimen kali ini berjaya kerana murid tidak dapat menggunakan fungsi kereta mainan yang seperti yang mereka selalu main. Kiranya.. tercapailah objektif pengajaran hari ini.

Dan.. dek kerana teruja dengan kereta mainan.. masing-masing mula menanam impian untuk memilikinya. Yang jarang siapkan kerja awal pun dapat siapkan kerja sebaik yang mungkin. Tak susah  mengawal disiplin anak ini di dalam kelas sebenarnya.

Cikgu.. adalah Raja di dalam kelas. Biarkan anak murid mematuhi arahan dengan pendekatan yang sesuai.