TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Tuesday, August 23, 2011

Cabaran Blogger Satu Hari Di Hari Raya

Memang pantang dicabar!

Nasib baik tak terbakar rumah arwah opah. Sebagai cucu perempuan sulung.. memang takda kawan untuk bermain bila pulang ke kampung. Sepupu lelaki yang sulung tu tak balik lagi. Yang ada.. semuanya masih menyusu. Takkan nak ajak join sekali kot?


Main le seorang-seorang kat beranda rumah selepas maghrib. Yang lain dok sibuk kat dapur. Mengadap kuih raya, lemang, rendang pelbagai. Seronok sakan bersembang sampai lupa kat budak kecil yang seorang ni. Tak ingat dah umur berapa masa tu. Mungkin dalam lingkungan 4 atau 5 tahun. Memang tak tahu nak fikir apalah pun. Yang tahu.. nak seronok jer.

Main le bunga api sorang-sorang. Abah hanya peruntukkan 10 batang bunga api untuk sekali main. Mana cukup? Tak berani bangkang punya. Main jerlah apa yang abah bagi. Nak merengek? Dari dapat main.. langsung tak dapat nanti..

Habis bunga api dibakar.. kepala mula le mereka macam-macam. Dipetiknya bunga rumput yang kering dan dibakar. Wahhh.. jangan tak tahu.. menyala-menyala ala-ala bunga api gitu. Punyalah teruja sambil puji otak sendiri yang menghasilkan idea yang bergeliga.<--- sila jangan tiru aksi ini yer anak-anak

Tengah sedap-sedap main.. ada sesuatu cucuk punggung dari bawah rumah. Atas beranda yang ada lubang di antara kayu. Siapa pula lah yang mengatal cucuk punggung orang ni? Tetiba.. baru teringat. Ehhh.. ehhh.. kan dah raya. Hantu setan semua dah lepas. Alahai... cabuttt...

Bila intai kat dapur.. semua sanak saudara ada. Siapa pulalah yang dok menyakat? Atau sememangnya 'benda' tu?

Tak puas lagi main. Pelita di tangan diusung ke sana ke mari. Terpandang le benang yang terjuntai pada seluar kaki pakcik yang masih bujang trang tang tang pada masa tu. Niat di hati tu baik. Cuma nak dibuang jer benang tu. Apalagi.. ambil pelita.. cucuh le api kat benang tu.

Mula-mula.. elok jer benang tu terbakar. Lepas tu.. tak pasal-pasal api mula menyambar kaki seluar tu. Best jer tengok seluar tu terbakar. Dah habis suku seluar terbakar.. api terus marak pada dinding rumah opah yang diperbuat 100% daripada kayu.

Nak mengadu takut. Perlahan-lahan turun ke dapur dan buat 'noheng' seperti tiada apa yang berlaku. Ada le mak saudara tegur bau apa yang terbakar? Deme ingat ada orang bakar lemang ke.. apa ke?

Bila asap dah berkepul-kepul.. barulah deme perasan rumah dah terbakar. Tak ingat dah siapa yang curah air kat api tu. Habis rentung dinding rumah. Seluar pakcik? Wassalam.

Tak kena marah pun. Kena pukul pun tak. Kena bebel pun tak. Pakat geleng-geleng ada. Agaknya.. masing-masing tahu diri sendiri salah sebab biarkan budak yang tak reti duduk diam ni main bunga api seorang diri.

Kesan dinding terbakar tu dah takda dah sekarang sebab rumah arwah opah berganti batu. Bila dinding tu dah takda.. takda lagi orang ungkit cerita tu tiap kali raya. Kalau tak... itulah cerita yang sama diulang-ulang.

Dinding tu.. Yong lah yang bako. <-- baru betul kita bako jer.. kita bako

Tapi.. sampai sekarang masih musykil.. siapalah yang cucuk punggung tuuu. Dah tanya dahhh. Takda siapa yang mengaku.

Agak-agaknya siapa yer?

Orang?

Hannnntuuuu?

Jom sertai Cabaran Blogger Satu Hari Di Hari Raya.

Berminat?

Klik SINI
moral of the story: Api.. bila kecil menjadi kawan.. kalau besar menjadi lawan.
Pesanan khidmat masyarakat: Jangan main api.. nanti membakar diri.