TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Thursday, July 14, 2011

Jadi Drakula

Geram punya pasal..

Sabar punya sabar sampai dah sehabis sabar... dapat gigitan cinta drakula di dada..

Anak murid punya cerita. Naib baik lelaki dengan lelaki. Kalau lain jantina.. lagi haru!

Masuk kelas.. saya tengok baju seorang murid berdarah. Murid-murid lain sibuk mengadu. Yang kena gigit tu yang mula cari pasal. Yang mengigit dah geram sangat... langsung tumbuh taring.

Cikgu yang sebelumnya tak perasan. Dia ingat setakat bergaduh. Sampai sakit dada dia meleraikan. Anak sekarang... sabar selalu melayang. Kalau baran... depan cikgu pun bukan kira.

Kes dirujuk kepada pihak pentadbir. Banyak akal sungguh murid yang  mula cari pasal. Nak rotan tangan... ditepis-tepis. Nak rotan punggung... terus dia rebah. Rotan bukan sebarang rotan. Salah tempat merotan jadi cerita lain sampai cerita asal orang tak peduli lagi.

Ini cerita semalam. Ingatkan hari ni dah insaf. Masih cari pasal lagi rupanya..

Kalaulah boleh buat cerita 'I dream of Jeannie'...

Pling*