TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Saturday, July 16, 2011

Kenapa cikgu pulau anak saya?

Tak sangka pula murid tu nak mengadu. Dalam banyak-banyak kes yang terbabit.. yang satu ni sampai ke pengetahuan maknya. 

Keras hati..

Kalau ikutkan.. apa saya kisah. Murid tersebut tak buat perangai pun masa saya mengajar. Kerja saya beri dia siapkan. Exam pun dapat skor A. 

Tapi...

Sikap keras hati tu perlu dibuang. Saya cuba bentuk anak ini. Suruh dia minta maaf pada cikgu yang dia buat hal. Jawapannya... TAKNAK!

Kalau dibuat perbandingan... pisau di leher pun dia takkan minta maaf..

Baik.. kalau taknak.. cikgu pun taknak ajar kamu lagi. Cikgu nak beri ilmu pada murid yang hormati guru..

Ayat dimulut... bukan dihati. Sambil berlalu.. dia meraung. Dan lagi dia mengadu pada cikgu lain... 

"Saya nak belajar sains.."

Ibunya datang bertanya kenapa saya nak pulaukan anaknya. Ibunya mengaku anaknya memang bermasalah. Kalau anak dia lukakan hati cikgu.. ibunya minta maaf bagi pihak anaknya.

Tak terniat pun saya. Sayangnya... saya tak berpeluang bersemuka dengan ibunya. Perbualan hanya di antara ibunya dan pihak pentadbir. 

Saya sayangkan anak murid saya. Setakat ini. walaupun mendenda.. saya tetap pastikan mereka terus terima apa yang saya ajar.

Tengah pening macamana nak bentuk murid ini. Kena bagi minum air pelembut hati...

Faham yang pendidikan itu berterusan dan hasilnya bukan sekelip mata..

Sabar~