TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Monday, July 18, 2011

Operator tak berbayar

Semuanya gara-gara SMM. Apa itu SMM?

Sistem Maklumat Murid.

Saya pasti kebanyakan ibu bapa atau penjaga di mana-mana sekolah dalam Malaysia perlu melengkap borang SMM ni. Lengkap bukan sebarang lengkap.. lengkapkan SEMUANYA...

18 orang murid dalam kelas saya. Seorang pun tak lengkap sepenuhnya. Yang tak hantar langsung pun ada. Bukan setakat berbuih mulut suruh hantar... dah naik sawan dah pun..

Tah apalah yang nak dirahsiakan sangat pun. No IC takda.. jumlah gaji takda.. nombor telefon takda..

Macam-macam yang takda. 

Cikgu-cikgu bukannya ejen perisik.. tak ada apa yang perlu dirisaukan. Maklumat terpelihara.

Bila tanya anak murid. Nombor telefon mak ayah pun tak tahu. Kalau sakit... atau berlaku apa-apa.. nak hubungi siapa? Tak sayang ke kat anak tuuu???

Jalan terakhir.. jadi operator tak berbayar. Telefon semua ibubapa dan penjaga mereka untuk dapatkan maklumat penuh. Itupun ada juga kes yang nombor telefon yang tak dapat dihubungi, tak digunakan lagi dan yang pelik.. nombor telefon ibubapa orang lain pun ada...

Pesanan untuk semua.. tolonglah lengkapkan borang tu dan hantar kepada pihak sekolah. Memang remeh nak isi borang tapi.. dah prosedurnya begitu.. akur sahaja.

Borang tu bukan sekali nak isi seumur hidup anak. Kena update. Hidup kan berubah. Data pun nak yang terkini..

Sian cikgu-cikgu yang namaya naik masa mesyuarat bila data tak lengkap. Nanti kena jadi pembanci tak berbayar pula..