TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Tuesday, July 19, 2011

Taknak kawan

Semua murid menerima semula kertas sains yang telah mereka duduki kecuali yang seorang INI. Buat seperti dia tidak wujud dalam kelas. 

Dia mula merengek...

Saya pekakkan telinga dan berlakon seperti tak tahu apa-apa. Murid lain mula sibuk mewakili kawan yang seorang ni...

Diam!

Satu persatu soalan dirujuk dan penerangan diberi. Alhamdulillah... keputusan ujian memberangsangkan. Hanya 3 orang yang gagal. Gagal kerana masih belum tahu membaca.

"Saya nak belajar sains...", dia merengek lagi.

Cikgu taknak kawan dia. Biar jer dia. Dia tahu apa yang dia perlu buat kalau dia nak kawan dengan cikgu...

Murid lain dah tak masuk campur. Maklum kesalahan yang telah dilakukan oleh murid tersebut. Sampai habis waktu (kelas waktu akhir sebelum sesi persekolahan berakhir) saya tetap tak mengendahkannya.

Perlahan-lahan dia menghampiri saya setelah semua rakan-rakannya pulang. 

"Saya minta maaf cikgu", sambil menghulurkan tangan.

Akhirnya.. alhamdulillah.

Saya pulangkan semula kertas ujiannya dan menegur kesalahan-kesalahan yang telah dia lakukan dalam memberikan jawapan. Dia skor A. Tak banyak soalan yang salah dan yang salah pun hanya kerana sememangnya dia tak tahu ataupun soalan yang memerlukan dua jawapan tapi hanya satu jawapan yang diberi.

"Tahu tak nak buat apa lepas ni?"

Dia mengangguk. Dia perlu minta maaf pada cikgu-cikgu yang dia buat hal.

Mana mungkin tak sayang. Kalau baik.. cikgu pun baik. 

Tersenyum simpul bila dapat skor A. Dia nakkan buku pantun yang hanya diperolehi jika dia dapat 5A. Itu janji ibunya.

Tak tau le ibunya nak beli atau tidak buku pantun tu sebab Bahasa Melayu Pemahaman dia B.

Harap dia tak buat lagi dan jadi murid yang baik.