Tahap loyar buruk anak murid ni kadangkala perlu dipantau. Mungkin pada pandangan sesetengah individu.. ianya sekadar gurauan tapi bagi saya anak murid perlu dididik untuk tahu membezakan bila masanya patut bergurau apalagi bila mengeluarkan kenyataan loyar buruk.
Biarlah orang kata saya tegas tak bertempat. Perkara sebegini.. kalau dibiarkan bakal membentuk peribadi murid itu sendiri. Pendidikan mengajar murid untuk lebih hormat pada gurunya. Murid perlu tahu.. ada ketika.. hubungan antara guru dan murid ada batasannya.
Saya dikatakan sebagai pencuri bila saya masuk awal dalam kelas ketika murid sedang rehat. Tujuan masuk awal ke kelas adalah untuk membuat persediaan awal sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
"Guru Besar kata.. murid-murid yang tak keluar waktu rehat... akan disyaki sebagai pencuri jika ada barang yang hilang pada ketika itu. Cikgu ada dalam kelas pada waktu rehat..kalau barang hilang.. cikgu yang curi", ujar seorang murid lelaki tahun 3.
Ayat itu memang tak patut dicakapkan kepada seorang guru walaupun sekadar gurauan tetapi tidaklah saya memarahi murid tersebut. Murid perlu ditegur beserta hujah yang boleh mematikan dakwaannya.
"Guru Besar kata.. MURID.. bukan GURU", balas saya tegas.
Bermulalah sesi ceramah percuma.
Adakah dia tak faham arahan pihak sekolah atau dia nak dapatkan hak yang sama seperti cikgunya?
Saya tak anggap murid itu risau jika gurunya dituduh sebagai pencuri jika kes kecurian terjadi kerana dia berkata dalam riak wajah yang tersengeh-sengeh.
Tidaklah menyalahi murid tersebut pun cuma dia perlu belajar tentang komunikasi. Hal yang dibiarkan boleh menyebabkan murid membesar menjadi individu yang tidak tahu menilai dan bersikap tidak hormat pada orang lain seperti keadaan anak-anak sekarang yang selalu buat main-main bila berdepan dengan ibubapa mereka.