Heran juga bila wakil pihak Astro yang menelefon saya untuk sesi maklumbalas penggunaan Astro Beyond memaklumkan yang dia tak fasih Bahasa Malaysia.
Pengguna Astro kan berbilang bangsa dan tinggal di merata ceruk tak kira kampung atau bandar. Sesuatu yang Astro harus faham.. pengguna yang pelbagai ragam ni tak semuanya fasih berbahasa Inggeris.
Sebagai pemberi perkhidmatan yang berbayar.. pihak Astro patut mengikut rentak pelanggan.. bukan sebaliknya.
Kitakan tinggal di Malaysia. Tak tahu le pula kalau wakil Astro yang satu ni diimport dari luar negara.
Bila diminta untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggers.. lidah yang makan belacan ni susah benar nak rasa keju (nak paksa dia cakap dalam bahasa Malaysia juga ). Tak salah juga kalau jadi ayam dan itik asalkan sama-sama faham tapi nampaknya pihak lagi satu taknak cuba faham bila dah tak telefon-telefon dahh (dia kata nak suruh kawan dia wakilkan).
Elok juga.. takda penat melayan..