Pengakuan yang tetiba mencetuskan kontroversi hingga terkelu lidah untuk berbicara dan mati akal untuk berfikir. Terlampau jujurkah dia dan wajarkah kejujurannya diberi pujian?
Kris Dayanti. Ada pula pihak yang mentafsirkan pengakuannya jujurnya sebagai satu sifat yang berani dan bertanggungjawab. Mana ada orang yang begitu berani untuk menyatakan dia hamil 4 bulan sedangkan tempoh perkahwinan baru mencecah 4 minggu?
Saya tak mahu meletakkan isu mengandung anak luar nikah atau apa. Tak tahu pun situasi sebenarnya. Hanya dia sahaja yang tahu di mana taraf kedudukan anak kandungnya.
Cuma tertanya untuk apakah sebenarnya pengakuan dibuat? Kebaikannya tak nampak? Impak yang lebih besar akan tercetus bila seorang penyanyi yang begitu berpengaruh menunjukkan 'taringnya'. Apa lagi kesannya terhadap agama Islam itu sendiri.
Jika Kris Dayanti telah berkahwin sebelum mengandung.;. jangan sesekali dia menyalahkan orang lain atas cakap-cakap di belakang. Bila kita menimbulkan isu.. sila bertanggungjawab terhadapnya dan bukannya menuduh orang lain itu dan ini. Itu baru tanggungjawab dalam ertikata yang sebenar..