Tak pasal-pasal bagi ceramah petang tak berbayar satu taman. Kalau tak kerana tukang penyampai yang seperti internet bergerak.. mahu juga berputih mata.
Bebudak ni nakalnya memang tak dijangka tapi kalau nakal mengambil barang orang.. memang melampau. Konon-konon nak tolong 'merepair' tapi ada 'tikus di sebalik gobok'.
Kalau saya tak berkeras.. tak dapat semula barang tu rasanya. Kata dah bagi balik pada anak tapi bila saya kata saya nak ganti.. elok jer dia buka rumah.. tok tek tok tek.. bawa keluar barang saya. Erkkk???
Bebudak ni suka bagi alasan orang tu suruh.. orang ni suruh. Anak-anak ni perlu dididik untuk bertanggungjawab atas perbuatan sendiri. Dah tahun 6 tu. Rasanya dah boleh fikir antara baik dan buruk. Bebudak perlu tahu.. ambil barang orang tanpa kebenaran tu mencuri namanya. Kalau polis datang spotcheck dan barang dijumpai.. boleh jadi pesalah tau.
Ibubapa kerja siang malam.. anak kat rumah buat perangai tapi kerja bukan alasan untuk tak ambil tahu aktiviti anak di rumah. Sekali-sekala.. baliklah awal dari waktu biasa.. intip apa aktiviti anak-anak.
Yang peliknya.. tak ke bertanya jika anak ada barang itu ini yang bukan kita yang belikan? Takkan anak beli sendiri kalau benda tu beratus harganya? Kalau alasan jumpa.. suruhlah cari balik tuan punya atau letak semula di tempat asalnya. Siapa ajar yang barang jumpa boleh jadi hak sendiri? Alasan anak jangan terima bulat-bulat.Nanti jadi macam cerita 'Anakku Sazali'.
Dah pesan.. lain kali nak buat apa-apa pada barang anak makcik.. tanya makcik dulu. Jangan sesuka hati jer..