TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Friday, April 22, 2011

Penghargaan yang tak mudah

Hati berkembang seperti bunga di taman. Hari Jumaat yang indah terasa seperti tak ingin jejak ke tanah.

Secara lumrahnya.. manusia memang sukakan pujian. Kalau yang tak suka dipuji.. boleh dikategorikan sebagai manusia yang tidak normal.

Apalagi pujian dalam bentuk penghargaan yang tidak dijangkakan sama sekali. Penghargaan yang tidak mudah untuk diterima.

Jarang sekali ibubapa yang menelefon pihak sekolah untuk memuji cikgu-cikgu yang mengajar anaknya. Kalau bab komplen sampai tak cukup jari kaki tangan walaupun apa yang dikomplen belum tentu sahihnya.

Kenapanya kita sukar untuk memberikan penghargaan itu? Kalau cikgu ada yang tak kena.. boleh jer ruang dicari untuk disampaikan pada pihak pentadbir tanpa memikirkan natijah yang bakal ditanggung oleh guru tersebut. Memang sakit jiwa bila diri disoal siasat macam pesalah yang menerima hukuman sebelum dibicarakan.

Penghargaan yang diterima menjadikan saya tersedar dari lamunan. Selama ni pun.. saya tidak terkecuali dari bersikap seperti perenggan di atas. Kenapa saya tidak pernah menelefon pihak pentadbir untuk menyatakan betapa bagusnya cikgu-cikgu anak saya mengajar.

Bukan susah sebenarnya kan untuk memberi penghargaan? Kedekutkah kita atau apa sebenarnya?

Doa saya mengiringi kehidupan anaknya untuk penghargaan yang diberi.