TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Wednesday, April 27, 2011

Rasa macam pakar pula

Tetiba jer rasa macam pakar membina soalan bila sedang bina soalan matematik tahun 3. Masakan tidak.. soalan kali ni dibuat berdasarkan Jadual Spesikasi Ujian (JSU) yang lebih terperinci. Bukan tak pernah guna JSU sebelum ni.. tapi prosedurnya tunggang-langgang. Maklumlah.. nak mengenali dengan lebih mesra JSU itu sendiri mengambil tempoh yang lama sebenarnya tapi cikgu-cikgu hanya diberi kursus dalam tempoh kira-kira sehari sahaja.

Banyak kebaikan bila bina soalan berdasarkan JSU ni. Soalan itu lebih tersusun, mengikut arasnya dan berkualiti. Kalau membina soalan matematik.. perincian yang diberi ialah 20, 60 dan 20 peratus. Bermakud 20% untuk soalan mudah, 60% untuk soalan sederhana dan 20% untuk soalan sukar. Kalau jumlah soalan yang hendak dibina itu 30 soalan maka akan wujudlah 7 soalan mudah, 16 soalan sederhana dan 7 soalan sukar.

Selalunya, soalan yang mudah melibatkan pengiraan yang mudah yang jawapannya boleh diperolehi terus apabila menggunakan operasi matematik. Yang sederhana pula.. melibatkan soalan yang pengiraan dalam bentuk kumpul semula atau perlu dianalisa terdahulu manakala soalan yang sukar pula melibatkan soalan yang ala-ala mengelirukan dan memerlukan tahap pemikirannya yang tinggi untuk memperolehi jawapannya.

Dalam pengetahuan saya, soalan matematik sekarang perlu dibina dalam dwibahasa namun masih ada sekolah-sekolah yang mengeluarkan soalan matematik dalam Bahasa Inggeris sahaja. Maklumkan pada pihak PIBG sekolah anak anda supaya tindakan dapat diambil dalam memastikan soalan matematik anak anda dalam bentuk dwibahasa.