TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Friday, November 19, 2010

Jolok!

Membebel-bebel seorang cikgu di bilik guru bila mendengarkan perkataan yang diulang-ulang oleh seorang murid lelaki tahun 6. Saya pula... hanya mengelangkan kepala. Kalau tak kerana tengah tekun menyiapkan tugas-tugas akhir tahun yang perlu diselesaikan, pasti dah kena basuh punya budak tuuu..

Alkisahnya, seorang guru meminta pertolongan murid tersebut menghantar fail-fail ke keretanya. Murid tu pun tanyalah... "Nak buka macam mana kereta cikgu?'. Yang cikgu ni pun jelaskan yang kunci kereta tu dah rosak sikit... nak kena jolok-jolok kalau tak boleh buka. Mendengar perkataan JOLOK tersebut... murid tu pun tersenyum sinis sambi mengulang perkataan JOLOK tersebut.

 patutlah murid tu excited sangat dengan perkataan JOLOK tuuu... bila google.. mengucap panjang...

Tah apalah difikirkan oleh murid tersebut tapi dari riak wajahnya seolah-olah terbayang satu benda yang tak senonoh. Punyalah advance bebudak sekarang. Depan cikgu pun berani menunjukkan reaksinya yang sedang membayangkan satu perkara yang tidak patut bagi murid yang baru berusia 12 tahun. Cikgu yang membebel tadi terus terang mengatakan murid tersebut kurang ajar.

Memang susah jadinya bila murid sekarang mengetahui sesuatu yang tidak boleh ditafsir oleh pemikirannya. Pemikiran masih muda tapi telah dicemar oleh anasir-anasir jahat hasil pendedahan dunia masa kini. Bila perkara begini berlaku... maka nafsulah dituruti apabila tiada pemantauan apalagi didikan agama yang secukupnya.

Bila masalah sosial semakin berleluasa... bagaimana nak bendung?