TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Thursday, November 18, 2010

Ganjaran hebat anak-anak kini - Berbaloikah?

Ke Kemboja. Bukan saya tapi anak murid saya. Itulah hadiah yang diterima sempena kejayaannya memperolehi 5A dalam UPSR baru-baru ni. Teruja sungguh dia nak makan angin ke sana sehingga mengupdate status di facebook. Begitulah rezeki anak-anak sekarang hasil usaha ibubapanya suatu ketika dulu.

 gambar: google

Melihat ganjaran yang diperolehi anak-anak kini bila mencapai kejayaan dalam sesuatu peperiksaan yang besar seperti satu perkara yang kadangkala tak pernah kita fikirkan. PS3, handphone, melancong dan berbagai lagi jenis hadiah yang harganya mencecah ratusan hingga ribuan ringgit. Kadangkala terfikir... adakah hadiah ini berbaloi dengan kejayaan mereka atau kita... ibubapa masa kini yang terlalu memanjakan anak-anak sehingga setiap kejayaan perlu diberi ganjaran yang hebat-hebat.

Mungkin ibubapa masa kini merasakan diri mereka cukup mampu untuk memberikan anak mereka ganjaran-ganjaran yang hebat-hebat belaka tapi dalam masa yang sama adakah ianya selari dengan didikan sahsiah yang diberi. Janganlah nanti kerana terlalu berharap kejayaaan anak dalam pelajaran, ibubapa sekarang terlupa apa yang menjadi amalan menyebabkan anak-anak hanya berusaha untuk mendapat ganjaran tersebut dan bukan atas sebab mengetahui yang pendidikan itu adalah satu perkara yang penting dalam kehidupan mereka.

Atas nama rezeki anak-anak... terletaknya harapan mereka tidak lupa menghargai apa yang diterima apabila mereka dewasa nanti...

 gambar: google

Janganlah suatu hari nanti mereka menjadi seperti "kacang yang lupakan kulit"