TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Friday, November 19, 2010

Pagi yang ada cerianya..

Salam Jumaat untuk semua. Penghulu segala hari yang penuh keberkatan. 

Sepatutnya... entri ini ditulis dengan perasaan yang penuh ceria. Namun begitu...  keceriaan itu masih wujud walaupun tidak sepenuhnya. Hari terakhir persekolahan dalam erti kata rasmi tapi belum berakhir dalam erti kata tidak rasmi. Cutiiii... oh yehhh... oh yehhh...

Cikgu suka cuti... hari.. hari cikgu nak cuti. Awal-awal minggu percutian ni cikgu-cikgu memang excited nak cuti. Maklumlah... bila baru sahaja menyelesaikan kerja akhir tahun yang menimbun memang terasa berkobar-kobar sangat nak cuti tapi bila dah dua minggu lebih memerap di rumah nanti... cikgu-cikgu tegar mula akan sibuk nak jenguk muka kat sekolah. Rindulah tuuu..

Minggu depan saya masih sekolah (huhuhu). Seminggu pula tu tapi redha jer lahhh. Kalau ikut perjangkaan.. saya akan bersalin pada hujung atau awal tahun. Sambung cuti lagiiii... mak suka gituuu..

gambar google