TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Monday, November 15, 2010

Ishhh bebudak... yang ni pun kamu nak kebas...

Baru jer nak bergembira tapi dalam sekelip mata jer kegembiraan telah diragut. Selepas habis waktu persekolahan... along bertemu saya membawa berita sedih... hadiah yang dimenanginya untuk Kuiz Bahasa Arab telah dikebas orang.

Mana Along? Budak sihat...

Nampak tak hadiah di tangan Along tuuu. Hadiah tulah yang telah dikebas. Alkisahnya hari ni setiap kelas mengadakan jamuan kelas dan kelas tahun satu telah bergabung. Masa tu lah budak yang mengebas hadiah Along tu mengambil kesempatan.

Alhamdulillah... ustazah Along sudi mengantikan hadiah Along tapi jenis yang berlainan. Tak kisahlah... sekurang-kurangnya Along tak terlalu sedih. Ustazah Along kata... dia akan cari budak yang kebas hadiah Along tu sampai dapat.

Tulah masalah bebudak. Teringinlah tuuu. Bab teringin tu kita faham tapi bab mencuri tu yang tak dapat diterima. Kecik-kecik dah biasa kalau dibiarkan nanti jadi habit pula. Ada nama pada hadiah tuu... harap-harapnya ibubapa murid yang kebas tu dapat kesan dan pulangkan semula..