Diri sendiri ni nak kata baik idak le juga. Dalam sedar apa lagi tanpa sedar kadangkala turut melakukan kesilapan. Itu gunanya hidup bermasyarakat. Dalam ada yang teralpa... tanggungjawab kita sama-sama menegur. Nak terima atau tidak.. itu terpulang... yang penting tanggungjawab kita dalam memperingatkan dan menegur kita jalankan...
Seperti apa yang berlaku dalam dunia maya sekarang ni. Banyak sangat cerita sensasi sana-sini. Sebenarnya cerita tu takdalah menjadi sensasi mana kalau tak kerana sana-sini orang menceritakan menganainya. Maksudnya... ianya sensasi kerana ada penyebar. Kalau dari sumber asalnya... tak ramai yang tahu tapi bila disebarkkan beserta link dan terus disebarkan lagi maka kecohlah sana-sini.
Kadangkala saya tak faham apa tujuan cerita tersebut disebarkan. Yang tuan punya cerita asal tu... tak tahulah niatnya jujur atau tidak. Yang menyebarkan ni.. kerana apa sebenarnya yer? Mencari pengajaran di sebalik cerita atau mahukan traffik yang tinggi? Mungkin juga ada alasan yang lain sama...
Pernah menegur beberapa orang blogger yang mensensasikan cerita. Ada yang terima ada yang tidak. Bukan apa... kesian sebenarnya bila dalam tak sedar dia menanggung saham akhirat. Apa yang kita sebarkan... bukan hanya sekadar bertanggungjawab dalam dunia sahaja. Apatah lagi bila melibatkan aib seseorang... jika tak benar... dimana pula tanggungjawab kita memperbetulkan keadaan. Sebabnya... berita sensasi tadi memang dicari tapi penjelasan yang diberi jarang menjadi sensasi.
Berfikir sebelum menyebarkan sesuatu perkara. Kalau ada pengajaran di sebaliknya terangkan dengan jelas dan terperinci. Apa lagi kalau melibatkan hukum agama... kaji sebelum memberi pernyataan jika sekadar yang asas sahaja diketahui...
Bukan senang jadi blogger...
gambar: google
gambar: google