TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

Monday, December 12, 2011

Copy paste - Baru faham mengapa

Dulu-dulu saya tak faham kenapa blogger marah bila entri mereka di copy paste tanpa diletakkan sumber asal. Bila kes copy paste entri di blog ni semakin berleluasa. Baru terasa kesannya...

Yang utamanya tentulah kedudukan ranking carian di google. Kalau dulu.. blog ni menduduki tempat pertama hasil carian tapi akibat aktiviti copy paste yang tidak bertanggungjawab... ranking blog ini di google terus jatuh. Sedihlah kan.. penat-penat buat entri yang berkenaan tapi begini pula jadinya..

Tuesday, March 1, 2011

klcitizen

Selalunya.. bila berbicara tentang kl maka terbayanglah bandaraya Kuala Lumpur yang gah tu. Citizen pula akan mengingatkan saya pada jenama jam yang agak popular satu ketika dahulu. Jam yang boleh tahan harganya dan pernah menjadi milik saya bila abah menghadiahi saya jam tersebut.

Tuesday, November 16, 2010

Bila ramai terlupa saham akhirat....

Diri sendiri ni nak kata baik idak le juga. Dalam sedar apa lagi tanpa sedar kadangkala turut melakukan kesilapan. Itu gunanya hidup bermasyarakat. Dalam ada yang teralpa... tanggungjawab kita sama-sama menegur. Nak terima atau tidak.. itu terpulang... yang penting tanggungjawab kita dalam memperingatkan dan menegur kita jalankan...

Monday, August 2, 2010

Blogger yang tersepit


Tersepit bukanlah satu situasi yang menyenangkan. Apa lagi ianya berlaku tanpa dikehendaki bila ada imbuhan 'ter' di situ. Bermaksud tidak sengaja. Situasi berlaku secara tidak sengaja pada diri sendiri tetapi tidak pula pada orang yang melakukan. Seperti ditelan mati emak... diluah mati bapa. Apa ke hal mak hendak ditelan? Kan ke memudaratkan? Bila diluah kembali.. terkejutlah bapa tu.. lihat sikap anaknya dan keadaan isterinya lagi... jangan marah arrr.

Thursday, June 24, 2010

Blogwalking ke... tak blogwalking ke... sama jer

Ermmm... pelik? Nak kata pelik.. takde le juga. Nak kata tidak pun... peliklah juga. Ini semua berkaitan dengan traffiklah. Kat jalanraya traffik... kat blog pun ada traffik. Traffik blog saya ni... biasa-biasa jer. yang menghairankan tuuu... kalau blogwalking pun traffiknyer sama dengan tak blogwalking. Macamana tuuu? Sedangkan orang kata... blogwalking boleh meningkatkan traffik. Apa sebenarnya yang berlaku? Adakah saya blogwalking dengan cara yang tak betul? Macamana nak blogwalking dengan betul? Kamu tahu rahsianyer? Kongsi-kongsilah dengan saya...