Modem lama buat hal pula. Tak tahulah kenapa. Tetiba jer pasang tak menyala. Mula-mula dia meragam.. sekejap nyala sekejap tak. Tadi... tak nyala-nyala terus. Tak senang duduk dibuatnya. Yelah... mana nak akses internet kalau modem tak berfungsi. Mahu mati kutu...
Telefon TM Net yang selalu buat kita bercakap dengan mesin tu akhirnya dapat juga cakap dengan operator. Katanya modem lama ni dah habis warranty. Nak taknak kena beli yang baru. Saya pun contact kawan saya dan dia bagi nombor telefon sekian-sekian. Dapatlah saya bercakap dengan seseorang dan minta jalan penyelesaian.
Datanglah orang tu ke rumah saya mengantikan modem lama dengan yang baru. Terbanglah RM130 tapi service dia okeylah. Saya memang tak arif tentang perkara ni. Murah ke, okey ke atau mahal harga tu? Dia bagi saya modem yang warna hitam ni yang wayar telefon pun tak perlu cabut dari telefon tu. Dulu... kalau on internet... tak dapatlah call masuk.
lebih kurang beginilah modem tu.. tapi yang saya punya antennanya satu jer..
gambar: google
Ada sesiapa yang ada pengalaman atau tahu tentang harga modem ni?