TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Tuesday, November 16, 2010

Aidiladha - Ketika itu cinta kita bersatu...

Orang sibuk nak sambut Hari Raya Korban... saya pula gatal sibuk nak kahwin. Errrr... sila jangan salahkan saya yer sebab pemilihan tarikh dilakukan oleh ayahanda tercinta. Biasalah... bila Hari Raya jatuh time cuti sekolah... berebut-rebutlah orang nak buat kenduri kendara. Kat Taman tempat mak abah saya tinggal ni masih mengamalkan konsep gotong-royong setiap kali ada kenduri kahwin. Sebab itulah mesyuarat di adakan untuk menentukan giliran siapa pada tarikh sekian-sekian supaya tak bertembung. Janganlah gatal-gatal nak guna khidmat katering... tak pasal-pasal jer kena pulau nanti...

Tetiba jer nak bercerita kenangan lama. Kenangan manis yang sentiasa terpahat di hati. Walaupun berlainan tarikh tapi setiap kali Aidiladha menjelang... pasti saya teringatkan saat cinta kami bersatu...

Kalau pengantin lain malu-malu nak habiskan hidangan pengantin... yang kami punya licin...

Semoga rumahtangga kami berkekalan dan bahagia hingga akhirnya. Masih dalam fasa kedua setelah melepasi fasa pertama. Alhamdulillah saya berbahagia bila memilih yang lebih kau cinta...

اللَّهُمَّ حَبِّبْ عَبْدَكَ هَذَا إِلَى عِبَادِكَ الْمُؤْمِنِينَ وَحَبِّبْ إِلَيَّ الْمُؤْمِنِينَ

Maksudnya: “Ya Allah jadikanlah hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku.” (Riwayat Muslim no. 2491)
 (Doa Agar Suami dan Isteri saling mengasihi)

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA buat semua~