TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Wednesday, November 17, 2010

Pendinding dan Pelaris

Memang banyak dugaan jika menjalankan bisnes kedai makan. Adakalanya kita sukar mempercayai apa yang didengari tapi bila berlaku pada diri sendiri... sedikit sebanyak termenung juga memikirkan kebenarannya.

Bukan sahaja benda pelik berlaku depan mata tapi kalau pelanggan pun datang mengadu kenapa lama tak buka kedai sedangkan bisnes tetap berjalan seperti biasa... memang akan menimbulkan kemusykilan. Memang ada yang tak kena atau pelanggan sekadar mereka cerita?

 gambar: google

Mak memang tak pernah pakai pelaris untuk majukan peniagaannya tapi alhamdulillah.. rezeki tetap ada. Pendinding pula adalah ayat-ayat Al-Quran yang menjadi amalan. Walau kadangkala terasa frust bila lauk-pauk tiada sambutan... mak sering menganggap rezekinya setakat itu sahaja.

Tapi... bila menyebabkan diri mak, abah atau pekerja diserang penyakit yang tak dijangka... itu yang sering menjadi penghalang. Macam penyakit berjangkit. Lepas orang tu kena.. orang ni pula. Bila ke klinik atau hospital.. tak diketahui pula apa penyakitnya malah dikatakan sihat sahaja. Padahal... yang menanggungnya terasa bagai dicucuk sembilu...

Bila berubat cara kampung... keluarlah cerita sekian-sekian. Nak percaya susah.. tak percaya pun susah. Berdoa dan bertawakal sahaja. Tapi... kalau bercerita tentang benda-benda pelik yang dijumpai berhampiran kedai seperti gumpalan rambut, tanah merah seperti tanah kubur dan taburan duit syiling satu sen... itu memang wujud. Manusia berhasad dengki.. macam-macam...

Memang hairan tengok sifat manusia yang berdengki niii. Kalau dia nak pakai pelaris untuk majukan kedainya... kita tak kisah tapi jangan sampai tutup periuk nasi orang lain. Kenapa susah sangat nak menerima ketentuan rezeki yang Allah berikan? Itulah susahnya jika asyik memikirkan keuntungan dunia tanpa mengira balasan di akhirat...