Masa kecil-kecil dulu.. saya memang tak reti duduk diam. Ada jer akalnya...
Showing posts with label mengimbau kenangan. Show all posts
Showing posts with label mengimbau kenangan. Show all posts
Saturday, February 19, 2011
Wednesday, January 26, 2011
Diintai - Ala-ala sweet gitu
Pernah diintai?
Mengintai?
Selalunya bila disebut tentang diintai atau mengintai kita lebih terbayangkan perangai yang gatal.
Atau mungkin jika kita terbayangkan sesuatu rahsia yang ingin diselongkar.
Tuesday, November 16, 2010
Aidiladha - Ketika itu cinta kita bersatu...
Orang sibuk nak sambut Hari Raya Korban... saya pula gatal sibuk nak kahwin. Errrr... sila jangan salahkan saya yer sebab pemilihan tarikh dilakukan oleh ayahanda tercinta. Biasalah... bila Hari Raya jatuh time cuti sekolah... berebut-rebutlah orang nak buat kenduri kendara. Kat Taman tempat mak abah saya tinggal ni masih mengamalkan konsep gotong-royong setiap kali ada kenduri kahwin. Sebab itulah mesyuarat di adakan untuk menentukan giliran siapa pada tarikh sekian-sekian supaya tak bertembung. Janganlah gatal-gatal nak guna khidmat katering... tak pasal-pasal jer kena pulau nanti...
Monday, November 8, 2010
Kalau nak tengok cerita 'blue'... sila tutup sebelah mata
Takdalah se'blue' mana pun tapi masih kategori 'blue' bagi anak kecil. Biasalah.. bila nonton cerita omputih.. adegan gitu-gitu mesti tak terkecuali. Nak taknak.. anak kecil yang seronok dok tengok adegan aksi(lawan-lawan) tadi... tertengoklah pula aksi-aksi yang tak sepatutnya dilihat.
Saturday, October 30, 2010
ReUnion exMPSAH 9497
Assalamualaikum...
Kepada sahabat2 lama di
MPSAH tahun 1994 hingga 1997
marilah hadir beramai-ramai
Kepada sahabat2 lama di
MPSAH tahun 1994 hingga 1997
marilah hadir beramai-ramai
ke acara yg dianjurkan ini.
Thursday, October 28, 2010
Nilai UBAN yang tinggi - Kemain demand lagi bebudak sekarang...
Bila bercerita tentang uban... teringat kenangan masa kecil-kecil dahulu bila abah bagi upah 5 sen untuk sehelai uban yang dicabut. 5 sen pun.. 5 senlah.. janji duit. Yang geram tu... bukan senang nak cabut uban ni. Licin semacam jer. Kena pula rambut orang laki. Pendek-pendek. Berpeluh ler ketiak nak ngumpul 5 sen supaya dapat jadi seringgit.
Tuesday, October 19, 2010
Kisah Lintah! - Kisah benar... Ngeriii weyhhh!!!
Kamu kenal lintah?
Pernah berdepan dengan lintah?
Pernah berdepan pengalaman ngeri dengan ia?
Friday, September 24, 2010
BAKAT - Syok sendiri???
Bercerita tentang bakat. Ada orang... yang sangka dirinya tidak berbakat tapi rupa-rupanya mempunyai bakat yang terpendam. Ada orang... yang sangka diri dia berbakat tetapi rupa-rupanya...
'Syok sendiri'...
Saturday, September 11, 2010
Selepas 14 tahun... akhirnya...
14 tahun kami tak bersua muka. Kali terakhir... saya berkunjung ke rumahnya selepas dia bergelar isteri kepada jejaka yang dicintainya. Sahabat karib saya sewaktu menuntut di Maktab Perguruan dulu. Kami memang sangat rapat. Macam belangkas kata orang. Mana ada saya.. di situlah ada dia. Mana ada dia.. di situlah ada saya. Kalau tak bersama... ramai yang menyangka kami bergaduh. Alhamdulillah... sepanjang bersahabat... kami tak pernah bergaduh. Walaupun kini telah berjauhan dan hanya bertanyakan khabar sekali sekali... kami saling merindui.
Label:
belangkas,
diri,
mengimbau kenangan,
personal,
sahabat karib
Monday, September 6, 2010
Tragedi berdarah menjelang syawal - Anak muridku menanti di pintu syurga
Bila menjelang syawal.. memori ini pasti berulang kembali. Ingatan kepada anak-anak kecil yang kembali ke Rahmatullah... gara-gara kemalangan yang tak terduga... turut mencabut nyawa mereka. Pengalaman yang sukar dilupakan. Bagaimana mata menyaksikan anak-anak ini mengelupur menahan kesakitan... dengan mata hitam yang tidak kelihatan dan tidak bernyawa di pangkuan. Sungguh menyayat hati.
Sunday, September 5, 2010
Dulu... mak abah beli kita baju raya, sekarang... kita belikan pula - Apa bezanya???
Baru balik shopping. Saya suka shopping. Bila pegang beg shopping kiri kanan... rasa hilang jer semua masalah. Melayang macam melayang duit yang dihulur pada cashier tapi tak kisahhh... janji hati puas. Hari ni giliran mak abah pula. Dulu... mereka yang belikan baju raya kita. Sekarang... tiba masa kita belikan baju raya mereka. Melihat telatah mak abah... rasa mahu jer menitis airmata ni. Memang berbeza sangattt.
Wednesday, August 25, 2010
Bercakap dengan Jin
Bulan puasa ni jin masih berkeliaran ke?
Kalau ketua jin pun dah rantai... apa lagi jin-jin yang ada...
Kata orang...
Sejahat-jahat manusia... adalah sebaik-baik jin..
Setakat mana kebenarannya?
Sila tanya kepada mereka yang lebih arif...
Wednesday, August 18, 2010
PengsaNnn
Pengsan... atau... tak sedarkan diri buat buat seketika. Bukan tak sedar diri atau jenis tak sedar diri. Itu penyakit lain. Tapi... yang ni pengsan akibat keletihan yang teramat. Bukan secara tiba-tiba tetapi akibat keletihan yang melampau. Tiada aksi terlampau di situ... hanya tidur ala-ala manja.
Wednesday, July 28, 2010
Tips lupakan kenangan silam - Part 1
Salam buat pengunjung blog Semekar Kasih. Hari Rabu yang memenatkan dengan mood yang tidak menyenangkan. Malas untuk bercerita pasal mood yang akan menambahkan kepada kecelaruan mood sahaja. Apa kata kita berkongsi tips hari ini. Siap ada part 1 lagi. Mungkinkah ada part 2,3 dan seterusnya? Atau mungkin hanya kemungkinan...
Friday, July 2, 2010
Tertembung dengan kekasih lama - Nasib baik tak kelu lidahku
Balik dari sekolah tadi saya dan anak-anak ke Giant untuk menjamu selera. Anak-anak dah lapar... jadi.. cari jalan segera (alasan malas masak). Waktu buka pintu untuk anak-anak (pintu belakang tidak automatik)... tetiba meluru seorang pemuda (walaupun sebenarnya tak muda lagi dah) dan menyapa saya... 'Hai Cikgu!'. Nasib baik saya tak tergamam beku pada masa itu juga. Ehhh... kekasih lama.
Friday, June 25, 2010
Kenangan lampau bersama pensyarah dan student yang terlampau - Bukan 18sx
Alkisahnya... kisah ini terjadi masa saya tengah blajo dulu... satu kelas cukup takut pd pensyarah BI yang nii kerana kegarangannya yang melampau walaupun dia bukanlah "pensyarah yang terlampau...".
Wednesday, May 26, 2010
Telok Gong - Dulu begini.. sekarang bagaimana?
Telok Gong... sebuah daerah yang pernah dijejaki dan bertahun ditinggalkan. Tak tahu bagaimana keadaan di sana sekarang. Dari maklumat yang didapati termasuk sumber-sumber dari internet.. tempat itu semakin maju. Alhamdulillah... Kalau dahulu... perjalanan ke sana pun memberi seribu pertanyaan apabila pemandangan kiri dan kanan menyajikan bukit sampah sarap dan bau yang menyesakkan dada.
Subscribe to:
Posts (Atom)
