Dah tak tahu nak buat apa punya pasal.. saya gendong bungkusan kain yang berisi kain perca (lebihan kain buat baju) serata kampung. Bila nampak makcik-makcik yang dok lepak bergossip.. saya hampiri dan mulakan gebang.
Patut ke tak patut saya suruh makcik-makcik tu beli kain yang saya bawa? Ala-ala penjual kainlah konon.
Tak pasal-pasal je orang ingat saya anak kemboja mana yang datang jual kain. Nasib baiklah muka saya seiras dengan muka mak saudara saya yang tinggal di kampung tu. Ada jugalah yang kenal siapa saya.
Anak saudara Esah niii. Menjerit-jeritlah orang kampung memanggil nama Makcik Esah. Tak pasal-pasal glamer sekejap Mak Esah bila anak saudara dia jadi anak Kemboja.
Laku ke kain yang saya jual tu? Kalau takda orang yang kenal mahu laku rasanya...