Hanya mampu berkunjung ke rumah sanak saudara yang terdekat. Awal pagi tadi aktiviti bersalaman dengan suami dan anak-anak memohon kemaafan. Tersentuh dengan ayat adik bila dia memohon maaf daripada Along..
Tersedak-sedak abang Burn kita namanya disebut-sebut. Oppsss... jangan marah yer abang Bakar. Raya bakal berkunjung tak lama jer lagi. Mari kita bermaaf-maafan yer. Bercerita tentang lemang yang dalam pembuatan melalui proses pembakaran. Pelbagai cara yang dapat diperhatikan. Paling tak tahan bila tengok orang yang bisnes lemang. Memang dibakarnya sungguh-sungguh lemang tuuu. Berkepul-kepul asap hitam memenuhi ruang tepi jalan. Mahu rentung sebelah bang oiii.
Tertarik dengan pandangan seorang pembaca dalam sebuah akhbar terkemuka semalam. Pembaca memberikan pendapatnya mengenai pemberian 'Angpau Raya' yang semestinya berbentuk wang. Dalam pendapat pembaca... dia mengatakan yang pemberian 'Angpau Raya' bukanlah budaya orang Islam. Kalau dulu... duit raya diberi tanpa sarung dengan jumlah nilai dalam lingkungan RM0.20 hingga RM1.00 tapi kini pemberian yang dibawah RM1.00 akan dicop sebagai kedekut. Kebanyakan anak kecil berharap memperolehi kandungan 'Angpau Raya' paling-paling kurang RM1.00 dan akan tersenyum gembira jika isinya lebih dari yang dijangka. Ini menjadi bebanan kepada pemberi duit raya dan sewajarnya budaya ini diHENTIkan.Pembaca tersebut memberi cadangan supaya duit raya diganti dengan pemberian ole-ole seperti coklat atau muffin.
Hari ini saya ditugaskan untuk memantau kelas tambahan sains tahun 6. Kehadiran? Cukup memberangsangkan. Satu pertiga dari keseluruhan murid tahun 6 yang hadir. Alhamdulillah. Murid dibahagikan kepada enam kumpulan. Kumpulan yang lebih kecil supaya mudah dipantau oleh guru dan dibimbing secara individu. Walaupun terpaksa membebel terlebih dahulu... berleter mengingatkan murid tujuan sebenar kelas tambahan tapi kelas tetap berjalan dengan lancar. Maklumlah... murid-murid ni... niatnya selalu lari. Nak datang kelas tambahan tapi bila dah jumpa kawan-kawan... mulut tak habis-habis nak bersembang.
Baru balik shopping. Saya suka shopping. Bila pegang beg shopping kiri kanan... rasa hilang jer semua masalah. Melayang macam melayang duit yang dihulur pada cashier tapi tak kisahhh... janji hati puas. Hari ni giliran mak abah pula. Dulu... mereka yang belikan baju raya kita. Sekarang... tiba masa kita belikan baju raya mereka. Melihat telatah mak abah... rasa mahu jer menitis airmata ni. Memang berbeza sangattt.
Kes tak dapat tiket bas lah tuuu. Masa tu tahun kedua di Shah Alam. Dengan brutal jer ke Pudu Raya. Orang dah sibuk ambil tiket awal-awal tapi diri berlagak coollah kononnya. Sampai kat Pudu... APA? TIKET HABIS??? Nak naik bas lompat-lompat... dah separuh hari. Ada kawasan yang perkhidmatan basnya tamat jam 6 petang. Sangkut kat mana-mana kang susahhh. Awak bukan ada sanak saudara merata-rata. Nekad... balik semula ke rumah sewa.