TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Saturday, September 4, 2010

Balik kampung naik motor? - APA KES???

Kes tak dapat tiket bas lah tuuu. Masa tu tahun kedua di Shah Alam. Dengan brutal jer ke Pudu Raya. Orang dah sibuk ambil tiket awal-awal tapi diri berlagak coollah kononnya. Sampai kat Pudu... APA? TIKET HABIS??? Nak naik bas lompat-lompat... dah separuh hari. Ada kawasan yang perkhidmatan basnya tamat jam 6 petang. Sangkut kat mana-mana kang susahhh. Awak bukan ada sanak saudara merata-rata. Nekad... balik semula ke rumah sewa.

Nak balik ksmpung gakkk! Tak kiraaaa. Start motor bawa gi kedai. Service apa-apa yang patut. Motor SS2 color biru. Tak bagi tahu keluarga punya. Takda baginya mak tu kalau tahu anak dara dia ni nak balik Ipoh naik motor. Tiba-tiba jer stail bertukar. Pakai baju ala-ala tomboy gitu. Sarung jaket tebal-tebal. Bekalan minyak petrol dua botol. Dah puashati... vrooommmm. 

 bukan kita punya... ni google punya

Punya semangat nak balik kampung. Bawa laju tak laju. Letih jer berhenti kat perhentian. Dalam 5 jam sampai Ipoh. Nampak??? Tak laju kan? Tapi... malang memang tak berbau. Kat lebuhraya Simpang Pulai... excident pula. Hampeh punya kereta. Nak potong bagi ler signal dulu... tak pasal-pasal jer langgar tembok. Alhamdulillah tak apa-apa. Telefon suami yang masa tu masih cuba nak ngorat kita bagitau diri excident. Dia datang dan follow kita sampai rumah.

Terbeliaklah biji mata mak abah tengok anak dara dia sampai naik motor. Esoknya... baru rasa pergelangan kaki sakit dan membengkak. Datanglah makcik tukang urut. Raya ler dengan kaki terjengkut-jengkut. Paling tak best bila nak balik lahhh. Mulalah malas nak bawa motor tu. Mahu jer pos naik keretapi tapi nak taknak... balik le juga ke Shah Alam.

Sekarang tak perlu heboh nak balik kampung naik highway. Rumah mak 5 minit jer dah sampai. Rumah mak mertua dalam 30 minit. Tak pernah gaduh dengan suami nak beraya mana. Semua dulu jadi kenangan. Kepada mereka yang memandu pulang ke kampung... BERHATI-HATI DI JALANRAYA.

soksek2; Sampai sekarang pelik dengan tol di Shah Alam/ Kuala Lumpur. Asal pergi ikut lebuh raya lain. Balik pula lebuh raya lain. Pening teman.